Tarikh acara Samsung Unpacked yang dijangka akan memperkenalkan siri Galaxy S24 telah pun tertiris beberapa kali sebelum ini dengan menunjukkan beberapa waktu yang berbeza mengikut zon waktu. Kini, gergasi teknologi dari Korea Selatan berkenaan secara rasminya telah mengumumkan tarikh rasmi acara tersebut.
Menurut akaun rasmi Samsung Malaysia di X, acara Samsung Unpacked akan diadakan pada 18 Januari 2024, jam 2 pagi. Di dalam kenyataan media syarikat berkenaan juga menyebut “siri Galaxy S baharu” dan seterusnya menguatkan andaian siri S24 akan diperkenalkan tidak lama lagi.
Galaxy AI is coming. Join us at #SamsungUnpacked, on January 18, 2024.
Complete your details to receive up to RM400 e-voucher and stand a chance to win daily mystery gifts! T&Cs apply.
Learn more: https://t.co/taQxewLiZm pic.twitter.com/kpovhEMkg2
— Samsung Malaysia (@SamsungMalaysia) January 2, 2024
Bagaimanapun, tiada perincian lanjut mengenai spesifikasi rasmi telefon pintar berkenaan sungguhpun maklumat mengenainya telah ditiriskan lebih awal di internet. Namun, maklumat awal yang tertiris berkenaan tidak menyatakan sama ada Galaxy S24 dan S4 Plus kelak akan menggunakan pemprosesan Exynos 2400 atau Snapdragon 8 Gen 3. Pada kebiasaannya, penggunaan jenis pemprosesan tersebut bergantung pada di mana model telefon pintar tersebut akan dipasarkan nanti.
Selain dari Galaxy S24, acara tersebut juga dijangka akan memperkenalkan sesuatu yang baharu. Berdasarkan kenyataan media rasmi yang dikeluarkan, kemungkinan teknologi baharu berkaitan kecerdasan buatan (A.I.) akan diperkenalkan di dalam acara Galaxy Unpacked nanti.