Utama Android Honor HONOR Magic V2, Telefon Boleh Lipat Paling Nipis dan Ringan di Dunia...

HONOR Magic V2, Telefon Boleh Lipat Paling Nipis dan Ringan di Dunia akan Dilancarkan di Malaysia!

137
0

KUALA LUMPUR, 3 Januari 2024 HONOR Malaysia menyambut 2024 dengan pengumuman bakal melancarkan flagship terbaharu HONOR Magic V2 yang merupakan telefon boleh lipat paling nipis dan ringan di dunia. Selepas diperkenalkan di China pada Julai lalu, HONOR Magic V2 mendapat sambutan hangat dan mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat teknologi di seluruh dunia, termasuk di Malaysia yang sudah tidak sabar menanti kedatangannya.  

Menjelang pelancaran HONOR Magic V2 di Malaysia, HONOR hari ini menganjurkan acara eksklusif bersama rakan media bagi mendemonstrasi betapa ringan peranti ini. Sebagai teaser, HONOR Magic V2 diikat pada tali sebiji belon helium besar sebelum dilepaskan ke udara bagi membuktikan ia sangat ringan.

HONOR Magic V2 telefon boleh lipat pertama dengan ketebalan di bawah 1cm apabila dilipat, menjadikannya Pilihan Terbaik Era Baru dalam rekaan telefon pintar. Ini menandakan komitmen berterusan HONOR terhadap inovasi. HONOR Magic V2 mempunyai badan ultranipis dengan ketebalan hanya 9.9mm apabila dilipat, manakala 4.7mm dalam keadaan dibuka, bersamaan dengan 3 kredit kad yang disusun. Lebih menarik, berat HONOR Magic V2 cuma 231g sahaja, lebih ringan dan nipis berbanding model terdahulu.

Peranti canggih ini direka bagi menawarkan rekaan rapi dan canggih yang tiada tandingan di pasaran. HONOR mengutamakan mudah alih menerusi struktur, pembuatan dan material yang halus serta teliti. Hasilnya, HONOR Magic V2 mempunyai kenipisan luar biasa dan tahan lama. Bagaimana HONOR Magic V2 dicipta menjadi begitu ringan dan nipis? Berikut menerangkan tentang kemajuan inovatif HONOR yang menyumbang kepada kecanggihan peranti tersebut.

Engsel Titanum Super Ringan, Kecanggihan Teknologi Pertama Dalam Industri Material

Meskipun reka bentuk yang nipis, HONOR Magic V2 mempunyai engsel yang sangat kukuh dan tahan lama. Peranti ini menggunakan engsel titanium sangat ringan yang diperbuat daripada aloi titanium, sejenis material gred aeroangkasa untuk mencapai berat dan kekuatan yang seimbang. Berbanding penutup aci aloi aluminium, aloi titanium 150% lebih kukuh, sangat sesuai untuk menghasilkan telefon boleh lipat yang ringan. 

Bagi meningkatkan lagi ketahanan, HONOR turut menggunakan keluli proprietari HONOR Shield Steel dalam bahagian utama engsel. Material canggih tersebut membentuk 67% daripada engsel dan diilhamkan oleh keluli yang digunakan dalam kerja pengorekan terowong. Keluli proprietari tersebut berfungsi untuk mengimbangi antara kenipisan dan ketahanan supaya engsel menahan penggunaan harian peranti.  

Selain itu, HONOR Magic V2 menggunakan teknologi pengacuan kamiran puting dan tanggam lubang (mortise and tenon integral molding technology) yang menggabungkan penutup aci engsel dengan sempurna. Gabungan tersebut mengurangkan ruang di bahagian dalam dan ketebalan keseluruhan peranti, sekaligus menangani masalah yang lazim berlaku dalam reka bentuk telefon boleh lipat.

Dalam pada itu, kemajuan teknologi tersebut membolehkan HONOR Magic V2 menahan lebih 400,000 lipatan atau 100 kali lipatan sehari. HONOR Magic V2 mempunyai jangka hayat sehingga 10 tahun. 

Struktur Canggih dan Komponen HONOR

HONOR Magic V2 tampil dengan struktur sokongan engsel yang direka semula. Ketebalan berjaya diturunkan sebanyak 75%, manakala garis lipat skrin dalam dikurangkan sebanyak 47% 

berbanding model sebelumnya. Selain itu, struktur peredam kaliper brek canggih yang baharu dengan tujuh set sesondol melancarkan dan menstabilkan engsel apabila peranti dibuka dan ditutup untuk bebas hover di pelbagai sudut. Ciri tersebut sangat berguna untuk aplikasi bersesuaian seperti fotografi hover dan persidangan.

Untuk prestasi optimum, HONOR turut memperkenalkan komponen kunci mikro bersaiz sebutir beras bagi mengelak skrin daripada salah jajaran dan kesan lipatan.

Seni Bina untuk Ruang Lebih Besar, Kuasa dan Kebuk Wap Ultranipis

Walaupun reka bentuk yang sangat nipis, HONOR Magic V2 didatangi bateri karbon silikon kapasiti besar 5000mAh yang dimuatkan menerusi komponen pemacu paparan ‘tiga dalam satu’. Reka bentuk inovatif ini dapat menghasilkan lebih banyak ruang di dalam peranti.

Bagi menghalang pemproses menjadi panas dan memberi ketahanan jangka panjang, kebuk wap (VC) yang sangat nipis dipanggil sebagai Sistem Penyejukkan VC Bionik Ultranipis HONOR dipasangkan di dalam peranti.

Akhir sekali, HONOR Magic V2 mempunyai antena ultranipis berukuran tiga millimeter, paling nipis dalam industri telefon boleh lipat.

Semua inovasi serba canggih ini menjadikan HONOR Magic V2 Pilihan Terbaik Era Baru dalam industri telefon pintar dengan mengetengahkan telefon boleh lipat sebagai inovasi untuk generasi masa depan. HONOR Magic V2 pasti menjadi pilihan individu yang mengemari telefon boleh lipat tercanggih.

Maklumat lanjut mengenai HONOR Magic V2 boleh didapati di https://bit.ly/HONORMagicV2PR

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.