Utama Android Samsung Samsung dikatakan mungkin tidak akan menyertakan Kepala Pengecas pada Model Telefon yang...

Samsung dikatakan mungkin tidak akan menyertakan Kepala Pengecas pada Model Telefon yang lebih Murah

576
0

Apple sebelum ini merupakan jenama pertama yang tidak menyertakan pengecas untuk telefon baharunya. Langkah tersebut kemudian diikuti oleh Samsung melalui siri Galaxy S21.

Sejak dari itu, telefon Samsung peringkat mercu tidak disertakan bersama-sama aksesori pengecas di dalam kotaknya sebagai langkah pengurangan jejak karbon pada alam sekitar.

Desas-desus kini mengatakan bahawa Samsung mungkin akan memperkenalkan langkah yang sama pada model-model telefonnya yang berharga lebih murah. Menurut laporan dari SamMobile, penjual telefon mudah alih di Eropah mengatakan telefon peringkat pemula Samsung seperti siri Galaxy A tidak disertakan dengan kepala pengecas. Malah, siri peringkat menengah seperti Galaxy M juga akan mengikut jejak langkah yang sama.

Samsung bagaimanapun masih lagi belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara ini. Mengenai Galaxy M, perkembangan selanjutnya dapat diketahui menjelang pengumuman Samsung Galaxy M33 dan Galaxy M23. Telefon pintar mercu terbaru keluaran Samsung, Galaxy S22 juga tidak disertakan dengan kepala pengecasnya seperti siri Galaxy S21 sebelum ini.

Jika perkembangan ini didapati sahih, kepala pengecas mungkin tidak akan disertakan lagi pada mana-mana telefon Samsung selepas ini. Buat masa ini, pengeluar lain seperti OPPO dan Realme masih lagi menyertakan kepala pengecas bersama-sama telefon pintar model terbarunya. Malah, terdapat beberapa model menyertakan pengecas dengan keupayaan pengecasan pantas.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.