Utama Android Samsung Samsung Galaxy A52s 5G Memudahkan Pengalaman Bekerja Dari Rumah Anda

Samsung Galaxy A52s 5G Memudahkan Pengalaman Bekerja Dari Rumah Anda

379
0
Galaxy-A52s-5G_visual

Terdapat banyak faedah apabila kita menggunakan berbilang peranti daripada jenama yang sama. Salah satu faedah di peranti Samsung adalah Continue App dari Samsung Galaxy Experience.

Aplikasi ini menawarkan kesinambungan untuk menyegerakkan semua aplikasi dan fungsi di antara peranti Galaxy yang berfungsi dengan One UI 3.1.

Jika anda seorang yang sering memulakan tugas kerja pada telefon anda sebelum beralih kepada tablet atau sebaliknya, Galaxy A52s 5G ialah peranti yang terbaik untuk anda.

Continue App antara Dua Peranti Samsung

Fungsi Continue App menyegerakkan data aplikasi antara dua peranti Samsung, membolehkan anda berkongsi papan keratan anda dan memudahkan anda berkongsi data itu dari satu peranti ke peranti yang lain.

Anda tidak akan kehilangan jejak lagi dan menghadapi kerumitan untuk menyambung kerja anda dari awal. Ciri ini amat berguna khususnya untuk pelajar kerana kebanyakan sekolah telah beralih ke pembelajaran hibrid. Anda boleh menyalin dan menampal teks dan imej dengan mudah pada telefon anda, lalu membukanya pada tablet untuk paparan yang lebih luas.

Jika anda perlu segera keluar ketika anda sedang membaca artikel pada tab anda, tetapi masih ingin meneruskan pembacaan ketika dalam perjalanan, anda boleh menyemak imbas halaman web yang sama dengan mudah dengan hanya satu klik – asalkan Continue App on other devices dihidupkan.

Lebih-lebih lagi, Samsung Galaxy A52s 5G dilengkapi dengan 8GB RAM dan bateri berkuasa 4,500mAh yang boleh bertahan sepanjang hari – memberikan prestasi yang amat pantas untuk tugasan-tugasan harian, termasuk menghadiri kelas dalam talian dan membuka beberapa aplikasi serentak.

Peranti ini menyokong pengecasan pantas 25W yang membolehkan peranti anda dihidupkan semula dalam masa yang singkat – memastikan anda tidak ketinggalan dengan tugasan harian anda. Dengan adanya ruang sulit yang dipanggil Secure Folder, anda boleh menyimpan semua dokumen anda dengan selamat dengan kunci cap jari atau kata laluan anda.

Anda juga tidak perlu risau tentang kehilangan dokumen penting kerana peranti tersebut menawarkan storan dalaman 256GB dengan slot microSD yang disertakan untuk tambahan storan sehingga 1TB.

Untuk maklumat lanjut tentang Samsung Galaxy A52s 5G, sila klik di sini: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a52s-5g-awesome-black-256gb-sm-a528bzkixme/ 

Advertorial dari Samsung Malaysia

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.