Utama Perkakasan Samsung Projektor Samsung The Freestyle kini di Malaysia; Berharga RM4,999

Projektor Samsung The Freestyle kini di Malaysia; Berharga RM4,999

546
0

Projektor Samsung The Freestyle kini telah tiba ke pasaran Malaysia dan anda boleh membuat pra-tempahan bermula dari hari ini.

Diumumkan ketika acara CES 2022 baru-baru ini, projektor pintar mudah alih ini memancarkan skrin sehingga saiz 100-inci dan dikuasakan melalui port USB-C.

Di Malaysia, Samsung The Freestyle ini dijual pada harga RM4,999 dan turut hadir dengan pelbagai cenderahati percuma menarik bernilai sehingga RM1,496. Ia merangkumi:

  • bekas menyimpan freestyle berwarna hijau gelap bernilai RM299
  • pelapik freestyle berwarna hijau bernulai RM199
  • baucar eStore untuk menebus pek bateri Freestyle bernilai RM999

Samsung The Freestyle hanya ditawarkan dengan pilihan warna putih sahaja buat masa in dengan penghantarannya bermula 10 April ini. Promosi pra-tempahan ini kini sedang dibuka dari sekarang hingga 31 Mac 2022, selagi stok masih ada.

Spesifikasi projektor Samsung The Freestyle

Pada berat 0.83 kg sahaja, projektor pintar mudah alih keluaran Samsung ini turut hadir dengan cagak berayun 180-darjah. Ia mampu memancarkan paparan dari saiz 30-inci sehingga 100-inci pada resolusi 1080p dan memiliki kecerahan 550 lumens (230 ANSI Lumen). Berdasarkan spesifikasinya, sumber cahaya LEDnya mempunyai jangka hayat 20,000 jam.

Turut disertakan di dalam projektor ini adalah pembesar suara 360-darjah dan menggunakan sistem operasi televisyen pintar berasaskan Tizen OS. Ini membolehkan anda menikmati video penstriman dari aplikasi kegemaran anda seperti Netflix, Apple TV, Amazon Prime Video dan Youtube.

https://www.youtube.com/watch?v=WZoDDRVxUBs

Ia juga menyokong arahan suara Bixby dan pencerminan skrin mudah alih seperti Apple AirPlay 2. Jika anda memiliki peranti Samsung Galaxy yang bersesuaian, anda boleh menyentuh telefon anda pada The Freestyle untuk memulakan pencerminan skrin dengan segera.

The Freestyle ini turut menawarkan satu port mikro HDMI untuk input video dan satu port USB-C sebagai bekalan kuasanya. Ia boleh dikuasakan melalui bateri luaran yang menyokong USB-PD serta mengeluarkan output 50W/20V dan ke atas.

Untuk memudahkan pemasangannya, projektor ini turut menyokong fungsi auto-laras, auto-fokus dan auto-keystone. Jika anda tidak memiliki dinding bercat putih, The Freestyle boleh mengoptimumkan warnanya dengan fungsi Smart Calibration.

Anda boleh membuat pra-tempahan Samsung The Freestyle ini di Samsung Malaysia menerusi pautan berikut: https://www.samsung.com/my/projectors/the-freestyle/the-freestyle-sp-lsp3blaxxm/

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.