Utama Android Samsung Samsung sasar jualan 20 juta unit Telefon Pintar Boleh Lipat pada 2024

Samsung sasar jualan 20 juta unit Telefon Pintar Boleh Lipat pada 2024

285
0
Samsung Galaxy Z Fold 4 dan Galaxy Z Flip 4 - Gambar sekadar hiasan

Telefon pintar boleh lipat telah mengalami pelbagai perubahan sejak ia diperkenalkan dengan siri Galaxy Z Fold dan Galaxy Z Flip daripada Samsung menyumbang kepada perkembangan tersebut.

Kini, gergasi teknologi dari Korea Selatan tersebut memperkukuhkan keyakinan terhadap telefon pintar boleh lipat dengan mensasarkan jualannya mencapai 20 juta unit pada 2024.

Menurut laporan oleh The Elec, Samsung mensasrkan pencapaian tersebut melalui Galaxy Z Flip 5 dan Galaxy Z Fold 5 yang dilancarkan pada tahun ini, serta Galaxy Z Flip 6 dan Galaxy Z Fold 6 yang dijangka akan dilancarkan pada tahun hadapan. Sebagai perbandingan, sasaran jualan sebanyak 16 juta unit telah ditetapkan oleh Samsung pada tahun ini.

Bagaimanapun, dalam keadaan sekarang ini Samsung berkemungkinan tidak dapat mencapai sasaran tersebut dengan jualan kini hanya berjumlah sekitar 10 juta unit. Hal ini disebabkan oleh salah satunya berpunca daripada saingan yang sengit dari pengeluar lain seperti Huawei, HONOR dan OPPO.

Pun begitu, Samsung kelihatan yakin dengan penetapan sasaran tersebut dengan ura-ura mengatakan Galaxy Fold keluaran tahun hadapan akan mempunyai skrin luaran yang lebih praktikal.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.