Utama Teknologi Keselamatan KKD: Malaysia perlukan 12,000 Pakar Keselamatan Siber bagi atasi Serangan Siber

KKD: Malaysia perlukan 12,000 Pakar Keselamatan Siber bagi atasi Serangan Siber

217
0
Pakar Keselamatan Siber

Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) menyatakan Malaysia memerlukan kira-kira 12,000 pakar keselamatan siber dalam pelbagai bidang untuk mengatasi serangan siber. Menterinya, Fahmi Fadzil menjelaskan ini merupakan salah satu cabaran yang dihadapi oleh pihak kerajaan dalam usaha pendigitalan negara.

Menurut laporan daripada Bernama, Malaysia buat masa ini hanya mempunyai seramai 15,000 pakar keselamatan siber. Tambah beliau lagi, seramai 27,000 tenaga pakar diperlukan bagi memenuhi keperluan tersebut.

Oleh yang demikian, KKD menerusi Cybersecurity Malaysia sedang merancang beberapa inisiatif bagi mempersiapkan industri dalam mendepani serangan siber. Antaranya dengan membawakan rakyat Malaysia yang berkepakaran bekerja di dalam negara melalui TalentCorp.

Selain itu, Malaysia juga merancang untuk menarik pakar dari negara luar datang ke sini bekerja di dalam bidang keselamatan siber. Ujar Fahmi, perkara tersebut memerlukan kerjasama orang awam dan institusi pendidikan tinggi swasta.

KKD bagaimanapun buat masa ini masih belum menetapkan jangka masa bagi memenuhi keperluan mendapatkan tenaga pakar keselamatan siber. Berdasarkan perkembangan pantas industri masa kini, jumlah pakar yang diperlukan dijangka akan meningkat dari tahun ke tahun.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.