Utama Android Honor Nantikan pelancaran rasmi HONOR X9b 5G Malaysia 1 November 2023, 7 petang!

Nantikan pelancaran rasmi HONOR X9b 5G Malaysia 1 November 2023, 7 petang!

135
0

KUALA LUMPUR, 23 Oktober 2023 – HONOR Malaysia mengumumkan tarikh pelancaran rasmi HONOR X9b 5G yang dinanti-nanti ramai – satu lagi kejayaan dalam siri X, kali ini digelar sebagai ‘Tahan Lasak Semua Sudut’. Peminat seluruh negara digalakkan untuk menandakan kalendar masing-masing pada 1 November 2023 pukul 7 petang bagi menyaksikan pelancaran besar-besaran HONOR X9b 5G yang mengagumkan, dan ciptaannya memberi nafas baru dari segi ketahanan dan inovasi. 

HONOR X9b 5G – Pensijilan lima bintang rintangan jatuh setiap sudut pertama dunia

Hasil kajian dan pembangunan bertahun-tahun, HONOR X9b 5G mencipta kejayaan dalam industri apabila menjadi telefon pintar yang pertama di dunia mendapat pensijilan lima bintang rintangan jatuh setiap sudut daripada SGS Switzerland.

Pencapaian pertama ini membuktikan komitmen HONOR menghasilkan peranti yang betul-betul berkualiti dan melepasi semua cabaran.

HONOR X9b 5G VS Peluru Paintball: Tahan Lasak Semua Sudut

HONOR memberi peluang kepada umum untuk menguji HONOR X9b, dan video promosi sebelum ini menunjukkan kekuatan HONOR X9b menahan serangan peluru paintball, membuktikan kenyataan tentang ketahanannya terhadap peluru dan apa sahaja tugasan harian yang diperlukan dalam sebuah telefon pintar.

Lihat sisipan ketahanan HONOR X9b yang mengagumkan dalam video di HONOR Malaysia Facebook. 

Jaminan HONOR X9b 5G: Penggantian retak depan & belakang 365 hari

Menjanjikan khidmat yang terbaik untuk pengguna, HONOR bermurah hati menjadi yang pertama dalam industri menawarkan jaminan‘penggantikan retak depan & belakang 365 hari’. Bagi setiap pembelian HONOR X9b 5G, pengguna dapat menarik nafas lega apabila telefon mereka dilindungi oleh HONOR selama setahun.

Tempoh diberikan ini dua kali ganda lebih lama berbanding pendahulunya HONOR X9a, dengan perlindungan bahagian depan dan belakang. Langkah berani ini membuktikan HONOR menunaikan janjinya dengan menawarkan khidmat selepas jualan yang terbaik untuk pelanggan HONOR seluruh negara.

Promosi pembelian awal: Pendahuluan RM 9

Percayalah, tawaran ini lain dari yang lain. Bermula 27 hingga 31 Oktober, peminat boleh membuat tempahan HONOR X9b dengan hanya wang pendahuluan RM 9. Ya, Cuma RM 9! Bukan itu sahaja, anda juga secara automatik layak menyertai cabutan bertuah dan berpeluang menang wang tunai kembali sehingga RM 1,500.

Selain itu, pelanggan awal juga akan menerima hadiah percuma yang terdiri daripada penggantian retak depan dan belakang 365 hari, HONOR Choice Moecen Band, dan HONOR Choice Earbuds X5. Jangan lepaskan tawaran ini!

Nantikan Pelancaran HONOR X9b 5G pada 1 November 7 petang

Pelancaran rasmi HONOR X9b bakal menjadi acara berprestij, dan HONOR berbesar hati menjemput peminat menyertainya. Ayuh bersama-sama menyaksikan siaran langsung pada 1 November pukul 7 petang di Facebook HONOR Malaysia. Tiada yang lebih hebat melainkan HONOR X9b – telefon pintar Tahan Lasak Semua Sudut – akan dilancarkan tidak lama lagi. Maklumat lanjut tentang HONOR X9b sila layari: https://bit.ly/HONORX9bPR .

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.