Utama Android Honor HONOR X9b 5G akan diperkenalkan di pasaran Malaysia; Tampil rekaan serba baharu...

HONOR X9b 5G akan diperkenalkan di pasaran Malaysia; Tampil rekaan serba baharu lebih kental

238
0

Awal tahun ini HONOR telah memperkenalkan telefon pintar peringkat menengah HONOR X9a 5G. Telefon pintar dengan paparan OLED melengkung ini hadir dengan ciri unik kaca super diperteguhkan (super reinforced) yang mampu memecahkan kulit kacang yang keras.

Baru-baru ini, HONOR telah mengacah untuk memperkenalkan HONOR X9b 5G dengan tema “semua sudut, ultra kental”. Jika HONOR X9a 5G mungkin menumpukan pada ciri kelasakan pada skrinnya, HONOR X9b 5G dijangka akan menawarkan sifat kelasakan yang lebih menyeluruh.

Untuk mencapai tujuan tersebut, HONOR menyatakan skrin ‘Ultra-Bounce, Anti-Drop’ baharu yang diperkenalkannya mempunyai rekaan tiga lapisan iaitu:

  • perlindungan diperteguhkan titik tunggal
  • pengkusyenan keliling
  • perlindungan adangan dalam

Ciri tersebut turut disokong dengan bahan pengkusyenan baharu yang mampu menyerap impak jatuhan 1.2 kali. HONOR X9b 5G juga menerima 5 bintang untuk persijilan kerintangan jatuhan pelbagai sudut oleh firma dari Switzerland SGS.

Maklumat lanjut mengenai X9b 5G, layari laman web rasmi HONOR Malaysia.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.