Utama Mobile Android Saiz kemaskini app Android kini dikurangkan antara 65 hingga 90 peratus

Saiz kemaskini app Android kini dikurangkan antara 65 hingga 90 peratus

782
1

Kejap-kejap update, kejap-kejap update. Kebanyakan pengguna Android tentunya sedia maklum bahawa kemaskini dari Google Play Store kerap hadir terutamanya pada aplikasi-aplikasi yang popular. Bagi pengguna yang menggunakan data selular yang ciput, hal ini tentunya menjengkelkan.

Bagaimanapun, semalam Google telah mengumumkan cara baru bagaimana untuk aplikasi-aplikasi Android akan dikemaskini. Melalui cara ini, penggunaan data dalam memuat turun kemaskini dapat dijimatkan.

Melalui sebuah pos di dalam blog Google, teknik yang digelar sebagai “File-by-File patching” atau “tampalan fail secara terperingkat” ini mampu mengurangkan saiz kemaskini aplikasi sekitar 65 peratus. Malah, ada juga kemaskini aplikasi yang mampu dikurangkan sehingga 90 peratus. Ia adalah kemajuan yang besar berbanding cara memuat turun kemaskini yang memerlukan muat turun keseluruhan fail APK.

Awal tahun ini, Google telah pun menambahbaik cara kemaskini aplikasi melalui Google Play Store apabila memperkenalkan algoritma bsdiff yang mampu mengurangkan saiz kemaskini aplikasi kepada 47 peratus.

Pada kebiasaannya, fail-fail APK akan dimampatkan menggunakan teknologi Deflate. Bagaimanapun, Google menyatakan bahawa sebarang perubahan pada kandungan asal aplikasi yang belum dimampatkan “boleh menyebabkan keluaran Deflate yang dimampatkan berubah keseluruhannya”.

Cara kemaskini macam ni ada baik dan ada buruknya.

Yang baiknya, saiz keseluruhan data bagi sesebuah kemaskini dapat dikurangkan. Yang buruknya, masa nak install kemaskini aplikasi tu akan jadi lebih lama disebabkan keperluan untuk menggunakan lebih kuasa pemprosesan telefon pintar pengguna.

Google turut menambah, segala proses kemaskini melalui cara “File-by-File patching” ini akan berlaku pada latar (background) sahaja.

Sumber berita diperoleh dari Android Developers

1 komen

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.