Utama Android Huawei Siri Huawei Pura 70 tiba di Malaysia dengan Harga bermula dari RM3,699

Siri Huawei Pura 70 tiba di Malaysia dengan Harga bermula dari RM3,699

57
0

Huawei telah mengumumkan kehadiran telefon pintar mercu baharunya, Pura 70 dengan tiga model daripada siri berkenaan termasuk Ultra. Nama ‘Pura’ digunapakai sebagai kesinambungan dari siri P yang popular dari jenama teknologi gergasi dari China ini.

Untuk Huawei Pura 70 Ultra, telefon pintar berkenaan menampilkan skrin OLED LTPO 6.8-inci dengan kadar penyegaran semula 120Hz, dan kecerahan puncak 2,500 nits. Dijana oleh pemprosesan buatannya sendiri Huawei Kirin 9010, telefon pintar ini menggandingkan RAM 16GB dan storan 512GB. Penarafan kerintangan air dan debu IP68 turut diberikan kepada model Ultra ini dan juga model-modelnya yang lain.

Dari segi fotografinya, telefon pintar mercu ini menawakrna kamera utama 50MP bersaiz 1-inci dengan lensa boleh tarik (khusus untuk Ultra), kamera telefoto 50MP dengan zum optikal 3.5x dan OIS, dan kamera ultra lebar 40MP dengan autofokus. Ia dikuasakan oleh bateri berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan 100W secara berwayar, 80W secara nirwayar, dan 20W bagi pengecasan berbalik nirwayar.

Seterusnya, Huawei Pura 70 Pro yang mempunyai paparan yang sama dengan Ultra turut menggunakan pemprosesan Kirin 9010. Bagaimanapun, ia hanya menawarkan RAM 12GB sahaja dengan storan 512GB. Untuk fotografinya pula, model ini dilengkapkan dengan kamera utama 50MP dengan OIS, kamera telefoto 48MP dengan OIS dan zum optikal 3.5x dan kamera ultra lebar 12.5MP. Ia dikuasakan oleh bateri sedikit kecil dari Ultra 5,050mAh namun mempunyai sokongan pengecasan yang sama.

Akhir sekali, Huawei Pura model standard mempunyai spesifikasi paparan yang sama kecuali pada saiznya iaitu 6.6-inci. Model standard ini menggunakan pemprosesan Kirin 9010 dengan RAM 12GB dan storan 256GB. Kameranya pula mempunyai sensor 50MP yang sama seperti model Pro bersama-sama lensa periskop 12MP dengan OIS dan zum optikal 5x dan sebuah kamera ultra lebar 13MP. Kapasiti baterinya adalah 4,900mAh dan turut menyokong pengecasan berwayar 66W, nirwayar 50W dan nirwayar berbalik 7.5W.

Harga Huawei Pura 70 di Malaysia

Siri Huawei Pura 70 bermula dari RM3,699 untuk model standard, dengan model Pro pula berharga RM4,899 dan Ultra berharga RM6,599.

  • Huawei Pura 70; RAM 12GB, storan 256GB – RM3,699
  • Huawei Pura 70 Pro; RAM 12GB, storan 512GB – RM4,899
  • Huawei Pura 70 Ultra; RAM 16GB, storan 512GB – RM6,599

Anda boleh membuat pra-tempahan telefon pintar ini menerusi kedai dalam talian rasmi Huawei bermula dari 2 April sehingga  24 Mei 2024 dan berpeluang menerima hadiah percuma bernilai lebih dari RM2,000.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.