Aplikasi gaya hidup muslim masa kini, Mukmin Pro telah dilancarkan oleh pelakon dan usahawan popular, Nur Fazura Sharifuddin atau lebih dikenali sebagai Fazura.
Pengguna terutamanya di kalangan umat Islam dapat memanfaatkan aplikasi peranti mudah alih ini melalui pelbagai ciri menarik yang ditawarkan olehnya.
Antara yang ditawarkan oleh aplikasi ini termasuklah waktu solat fardhu, arah kiblat, lokasi masjid, al-Quran, video-video berkandungan Islamik dan juga zikir harian.
Selain fungsi yang dinyatakan tadi, aplikasi ini juga mengetengahkan antaramuka yang mesra pengguna. Selain tidak menyelitkan sebarang iklan di dalamnya, aplikasi ini juga tidak mewajibkan pengguna mendaftar masuk untuk menggunakannya.
Anda boleh memuat turun aplikasi Mukmin Pro ini sekarang melalui gedung aplikasi mudah alih seperti berikut: