Segala benda di muka bumi ini ada hadnya dan teknik untuk menipiskan peranti pun ada tidak terkecuali. Bedah siasat yang dilakukan oleh syarikat kejuruteraan pembuatan, Instrumental mendapati Samsung cuba sedaya upaya melebihi hadnya dalam menipiskan rekabentuk Galaxy Note 7. Hal reka bentuk inilah yang menyebabkan peranti syarikat dari Korea Selatan ini mudah panas hingga ada sesetengahnya terbakar dan meletup.
Menurut Instrumental, masalah ini berpunca dari apa yang dinamakan sebagai “super-aggressive manufacturing process” atau “proses pembuatan super-agresif”.
Senang cerita macam ni lah. Saya tulis ikut poin-poin macam blog Dr. Mahathir bagi senang faham;
- Pengeluar inginkan peranti mereka menjadi senipis mungkin
- Disebabkan itu, bateri perlu dibuat dengan lebih nipis
- Bila bateri lithium-ion jadi lebih nipis, makin kurang tempat untuk pemisah elektrolisis yang berfungsi untuk menjauhkan anod (lithium kobalt oksida) dari bersentuh dengan katod (grafit).
- Tekanan fizikal, sama ada dari poket pengguna atau dari faktor pengumpulan haba (sama ada persekitaran mahupun sewaktu dicas) boleh ‘mencacatkan’ bateri. Justeru boleh menjadi punca kepada ‘pertembungan’ di antara anod dan katod.
- Bila anod dan katod bertemu, faham-faham ajelah. Peranti pengguna boleh terbakar atau meletup jika kurang bernasib baik, boleh meletup.
Menurut CEO dan juga pengasas syarikat Instrumental, Anna Shedletsky, “Samsung engineers designed out all of the margin in the thickness of the battery, which is the direction where you get the most capacity gain for each unit of volume,”
Sumber berita dan imej cover diperoleh dari Instrumental