Utama Android vivo vivo V30e kini sedia untuk Pra-Tempahan di Malaysia; Berharga RM1,399

vivo V30e kini sedia untuk Pra-Tempahan di Malaysia; Berharga RM1,399

52
0

vivo secara rasminya melancarkan V30e pada hari ini menjadikan ia model ketiga di bawah siri V30. Hanya satu sahaja pilihan konfigurasi ditawarkan bagi pasaran Malaysia iaitu RAM 8GB, storan 256GB dengan harga jualan rasminya RM1,399.

Dari segi spesifikasi, telefon pintar ini dijana oleh pemprosesan Qualcomm Snapdragon 6 Gen1 bersama-sama bateri berkapasiti 5,550mAh yang menyokong pengecasan pantas FlashCharge 44W. Paparannya pula mempunyai skrin 6.78-inci dengan kadar penyegaran semula 120Hz dan kecerahan puncak 1,300 nits.

Untuk kamera utamanya, vivo V30e menempatkan modul dwi-kamera yang mengandungi kamera bersudut lebar Sony IMX882 50MP dan kamera bersudut ultra lebar 8MP. Kamera ini juga menyokong rakaman video 4K dan Full HD pada kadar bingkai 30fps untuk kedua-dua tahap kualiti resolusi tersebut. Pada sebelah hadapannya pula disediakan sebuah kamera 32MP.

Model telefon pintar ini mengetengahkan cahaya flash khas yang boleh menjadi lampu gelung RGB yang dinamakan sebagai Aura Light Potrait oleh vivo. Apabila diaktifkan, warna lampu gelung berkenaan boleh disesuaikan melalui peluncur imbangan putih yang terdapat didalam aplikasi kamera telefon pintar ini. Ciri yang sama ini juga terdapat pada model-model V30 yang lain.

vivo V30e boleh dipra-tempah bermula dari hari ini dengan harga jualannya RM1,399. Telefon pintar yang menggunakan antaramuka Funtouch OS 14 berasaskan Android 14 ini juga hadir dengan dua pilihan warna iaitu Coco Brown dan Sky Mirror. Maklumat lanjut, layari laman web rasmi vivo Malaysia.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.