Satu lagi kaedah pembayaran baharu di dalam gedung aplikasi Google Play Store telah diperkenalkan untuk pengguna-pengguna di Malaysia. Anda boleh membuat pembayaran aplikasi dan kandungan di dalam platform tersebut secara FPX (Financial Process Exchange) melalui akaun bank dalam talian.
Penetapan pilihan pembayaran baharu ini boleh dibuat menerusi laman akaun anda di Google Play Store pada bahagian pilihan pembayaran. Berikut adalah senarai bank-bank di Malaysia yang menyokong pembayaran FPX untuk Google Play Store:
- Affin Bank
- Alliance Bank
- AmBank
- Bank Islam
- Bank Rakyat
- Bank Simpanan Nasional
- CIMB Bank
- Hong Leong Bank
- HSBC Bank
- Kuwait Finance House
- Maybank
- OCBC Bank
- Public Bank
- RHB Bank
- Standard Chartered Bank
- UOB Bank
Kaedah pembayaran ini tidak boleh digunakan untuk bayaran langganan dan ia boleh digunakan untuk membuat isian semula baki di dalam akaun Google Play Store anda dan juga pembelian aplikasi.
Untuk membuat bayaran langganan, kos langganan akan ditolak terus dari baki akaun Google Play Store anda. Sebarang tuntutan bayaran balik kepada pengguna juga akan dipulangkan semula ke dalam akaun bank pengguna.