Utama Mobile Aplikasi Google Play Store kini menyekat iklan berskrin penuh dan perampasan VPN

Google Play Store kini menyekat iklan berskrin penuh dan perampasan VPN

585
0

Google telah mengumumkan pelaksanaan dasar baharu di dalam Play Store untuk pembangun-pembangun Android sebagai salah satu usaha membasmi iklan-iklan berskrin penuh, VPN dan aplikasi palsu yang menyamar sebagai perisian asli.

Berkuatkuasa dari 30 September 2022, Play Store mewajibkan pembangun menghentikan paparan iklan berskrin penuh yang mengganggu terutamanya ketika permainan sedang dimainkan atau di dalam halaman memuat (loading) aplikasi. Selain itu, iklan berskrin penuh yang tidak boleh ditutup selepas 15 saat juga akan diharamkan.

Dasar baharu ini bagaimanapun tidak akan merangkumi iklan untuk mendapatkan ganjaran dalam permainan seperti kandungan khusus dan unik yang memerlukan pengguna menontonnya.

Dasar pembangun Google Play Store

Pindaan lanjut melibatkan perincian terhadap ciri Google FLAG_SECURE turut dilakukan bagi melindungan data sensitif dengan mencegah atau melindungi tangkapan layar dan menghalang perkongsian dan penyiaran skrin. Bermula 1 November 2022, aplikasi-aplikasi juga tidak dibenarkan untuk mewujudkan pelencongan ke kandungan-kandungan yang tidak dibenarkan.

Dari tarikh tersebut juga, VPN-VPN juga akan dikenakan tindakan yang lebih ketat. Hanya aplikasi-aplikasi VPN yang dikhususkan sahaja yang dibenarkan untuk “mewujudkan terowong (tunnel) selamat bertahap peranti ke pelayan jarak jauh” dengan beberapa pengecualian.

Akses ke kebenaran USE_EXACT_ALARM juga akan ditapis untuk memberikan keutamaan hanya pada aplikasi yang “memerlukan tindakan pemasaan tepat” bermula dari dari 31 Julai 2022.

Aplikasi Google Play Palsu

Perubahan yang memberikan kesan besar terhadap pengguna ini akan mula dikuatkuasakan bermula dari 31 Ogos 2022.

Menurut Google di dalam satu hantaran blognya menyatakan:

“We don’t allow apps that mislead users by impersonating someone else (e.g. another developer, company or entity) or another app… To ensure that Google Play remains a safe and respectful platform, we’ve created standards defining and prohibiting content that is harmful or inappropriate for our users,”

Google turut menasihatkan pengguna supaya memeriksa nama pembangun yang dipaparkan di bawah nama aplikasi di dalam Play Store. Serta membuat semakan sama ada logo yang ditunjukkan sama dengan logo syarikat dan nama yang ditunjukkan juga asli dan bukannya palsu.

Perubahan lain yang turut diperkenalkan di dalam gedung aplikasi Google ini termasuklah membasmi maklumat kesihatan yang mengelirukan, pengurusan langganan yang lebih baik, iklan yang selamat untuk kanak-kanak dan langkah perlindungan peribadi yang lebih baik.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.