Utama Android Realme realme narzo 50i Prime dilancarkan di Malaysia, Harga dari RM429

realme narzo 50i Prime dilancarkan di Malaysia, Harga dari RM429

35
0
realme-narzo-50i-Prime-Malaysia-Harga-1

realme secara rasminya telah melancarkan telefon pintar baharu berharga bawah RM500 di pasaran Malaysia melalui narzo 50i Prime. Ia merupakan telefon pintar peringkat pemula yang dilengkapkan dengan cipset Unisoc lapan teras, bersama-sama sebuah kamera utama pada bahagian belakangnya dan bateri berkapasiti 5,00mAh.

realme narzo 50i Prime menampilkan paparan LCD IPS 6.5-inci yang menampilkan resolusi 720 x 1600 dengan nisbah aspek 20:9. Untuk pemindahan data dan pengecasannya, telefon ini masih lagi menggunakan port mikro-USB, berbeza dengan kebanyakan telefon pintar keluaran tahun ini yang mula menggunakan USB-C.

Memandangkan ia merupakan telefon pintar bajet, tiada fungsi mengimbas cap jari disediakan padanya. Akan tetapi, ia menyediakan bicu audio 3.5mm yang boleh digunakan untuk menyambungkan fon telinga berwayar.realme-narzo-50i-Prime-Malaysia-launch

Spesifikasi realme narzo 50i Prime menawarkan cipset 4G Unisoc Tiger T612 yang disokong oleh Mali-G57 dan RAM sehingga 4GB dan pilihan storan sehingga 64GB. Turut disediakan slot kad mikroSD untuk penambahan ruangan storan.

Dalam pada masa yang sama, telefon pintar menyediakan bateri berkapasiti 5,000mAh yang berkeupayaan bertahan selama 45 hari dalam mod bersedia (standby). Melalui antaramuka Realme UI Go yang berasaskan Android 11, ia turut dilengkapkan dengan sokongan radion FM dan juga ketersambungan Wi-Fi dan Bluetooth 5.0.realme-narzo-50i-Prime-Malaysia-1

Pada bahagian belakangnya, kamera realme narzo 50i Prime menampilkan hanya satu kamera 8mP f/2.0 dengan ciri tangkapan imej AI dan zum digital 4X. Untuk swafoto dan panggilan video pula, disediakan kamera hadapan 5MP f/2.2 pada bahagian takuk di paparannya.realme-narzo-50i-Prime-Malaysia-Lazada

realme narzo 50i Prime dan realme C30 berharga RM 429 untuk konfigurasi 3GB + 32GB dan RM 499 untuk konfigurasi 4GB + 64GB. Bersempena 8.8 narzo Day Flash Sale di Lazada nanti, anda boleh mendapatkannya pada harga RM 369 untuk konfigurasi 3GB + 32GB dan RM 429 untuk konfigurasi 4GB + 64GB.

SUMBERKenyataan Media realme Malaysia
Artikel sebelum iniWiko T50 dan T10 secara rasminya memasuki pasaran Malaysia; Harga dari RM429
Artikel seterusnyaXiaomi 12S dengan kamera dibangunkan bersama Leica tidak akan ditawarkan di pasaran Malaysia
Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 11 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.