Utama Android Xiaomi Xiaomi 12S dengan kamera dibangunkan bersama Leica tidak akan ditawarkan di pasaran...

Xiaomi 12S dengan kamera dibangunkan bersama Leica tidak akan ditawarkan di pasaran Malaysia

35
0
Xiaomi 12S Ultra KV

Bulan lepas, Xiaomi telah melancarkan siri Xiaomi 12S yang menampilkan kamera yang dibangunkan bersama-sama pengeluar kamera terkemuka, Leica. Model paling tinggi spesifikasinya di kalangan siri berkenaan Xiaomi 12S Ultra menampilkan sensor besar 1″ 50MP yang menggunakan cipset Snapdragon 8+ Gen 1.

Walaubagaimanapun, peminat-peminat Xiaomi di Malaysia mungkin kecewa apabila telefon pintar berkenaan dilaporkan tidak akan memasuki pasaran tempatan.

Xiaomi telah mengesahkan siri Xiaomi 12S yang terdiri daripada 12S, 12S Pro dan 12S Ultra tidak akan dipasarkan ke negara-negara lain di luar China, termasuk Malaysia. Bagaimanapun, Xiaomi memaklumkan pihaknya akan memastikan pengalaman kepenggunaan kamera Leica ini akan dibawa ke pasaran global pada telefon pintar mercu keluarannya yang lain kelak.xiaomi-12s-ultra-iklan

Xiaomi 12S merupakan peranti pertama yang menggunakan jenama Leica selepas kerjasama di antara Huawei dan Leica tamat dengan Huawei P50 merupakan yang terakhir menggunakannya.

Penawaran Xiaomi 12S Ultra boleh dianggap sebagai peranti fotografi mudah alih termaju yang ditawarkan oleh Xiaomi. Ia menampilkan sensor Sony IMX989 sebesar 1″, kamera ultra-lebar 48MP dengan sensor Sony IMX586 dan kamera telefoto Sony IMX586 48MP yang menawarkan zum optikal 5X dan zum digital 120X.Xiaomi 12S Ultra Sample Image

Selain Ultra, Xiaomi turut memperkenalkan Xiaomi 12S dan 12S Pro yang menampilkan pelbagai pembaharuan untuk siri ini. Antaranya kamera yang ditambahbaik dan pemprosesan Snapdragon baharu.

Model Xiaomi 12S standard menampilkan sensor Sony IMX707 1/1.28″ untuk kamera 50MP, manakala model 12S Pro pula masih lagi mengekalkan konfigurasi kamera yang sama seperti sebelum ini. Perbezaan paling ketara di antara Xiaomi 12S dengan Xiaomi 12 adalah pada penggunaan jenama Leica pada modul kameranya.

Artikel sebelum inirealme narzo 50i Prime dilancarkan di Malaysia, Harga dari RM429
Artikel seterusnyaTerangi Dunia Anda dengan LG OLED Evo Yang Baharu
Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 11 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.