Utama Android Wiko Wiko T50 dan T10 secara rasminya memasuki pasaran Malaysia; Harga dari RM429

Wiko T50 dan T10 secara rasminya memasuki pasaran Malaysia; Harga dari RM429

454
0
Pelancaran Wiko T50 Wiko T10 Malaysia

Wiko secara rasminya telah kembali ke Malaysia selepas sunyi seketika dari pasaran. Syarikat Perancis yang merupakan anak syarikat kepada pengeluar dari China, Tinno Mobile ini telah melancarkan dua telefon pintar peringkat bajet baharu iaitu T50 dan T10.

T50, model yang paling tinggi spesifikasinya di antara kedua-duanya menampilkan paparan LCD 2400×1080 6.6-inci dengan nisbah aspek 20:9 yang turut menempatkan sebuah kamera 16MP di hadapannya.

Pada bahagian belakangnya pula disediakan tri-kamera yang mengandungi kamera utama 64MP, kamera ultra-lebar 8MP dan kamera makro 2MP.Wiko T50

Telefon ini menggunakan cipset MediaTek Helio G85 dengan storan 128GB dan RAM 6GB. Wiko T50 yang menggunakan bateri berkapasiti 4,000mAh ini bagaimanapun tidak menyediakan slot kad mikro SD. Menurut Wiko, telefon ini mampu dicaskan dari sifar ke 25% dalam tempoh 10 minit sahaja melalui sokongan pengecasan pantas 40W.

Seterusnya, model yang lebih murah harganya, Wiko T10 menampilkan paparan 1200×720 6.5-inci dengan nisbah aspek 20:9. Telefon ini hanya menawarkan satu kamera 13MP pada bahagian belakangnya bersama-sama satu lampu LED. Manakala sebelah depannya pula dilengkapkan dengan kamera 5MP.Wiko T10

Wiko T10 menggunakan cipset MediaTek Helio A22 dengan RAM 2GB dan storan 64GB bersama-sama slot kad mikroSD yang menyokong kapasiti sehingga 512GB. Telefon ini menggunakan bateri berkapasiti 5,000mAh dan mampu menyokong fungsi pengecasan berbalik untuk mengecas peranti lain pada kadar 10W.

Wiko T50 akan mula dijual pada 5 Ogos 2022 pada harga RM899 dan pembeli terawal berpeluang mendapatkan fon kepalan percuma dengan setiap pembelian selagi stok masih ada.Wiko Malaysia Giveaway

Untuk Wiko T10 pula, ia akan dilancarkan bersama-sama harga promosi khas RM369 di Shopee pada 8 Ogos ini dan akan mula dijual dengan lebih meluas pada 12 Ogos ini pada harga RM429. Kedua-dua telefon ini hadir dengan pilihan warna hitam dan hijau.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.