Utama Android Realme realme C75x diperkenalkan, Harga di pasaran RM599

realme C75x diperkenalkan, Harga di pasaran RM599

108
0

realme secara rasminya telah melancarkan C75x, telefon pintar peringkat pemula baharunya di bawah siri C. Seperti yang dijangkakan, telefon pintar ini hanya didatangkan dengan satu pilihan konfigurasi dan harganya kurang RM100 dari realme C75 disebabkan baterinya lebih kecil, serta pemprosesan yang lebih rendah kuasanya. Cuma, paparannya sahaja yang lebih baik.

realme C75x menampilkan paparan LCD 6.67-inci 720p dengan kadar penyegaran semula 120Hz dan kecerahan puncak 625 nits. Di dalamnya ia menggunakan pemprosesan MediaTek Helio G81 bergandingan dengan RAM 8GB dan storan 128GB yang boleh dikembangkan dengan slot kad mikroSD. Dari segi ketahanan, ia didatangkan dengan ciri tahan jatuhan dan juga rintang debu dan air IP69.

Fotografi telefon pintar mampu milik ini menampilkan kamera utama 50MP dan sensor berkedalaman, serta sebuah kamera 5MP di sebelah hadapannya juga. Ia mempunyai bateri berkapasiti 5,600mAh yang menyokong pengecasan pantas. Selain itu, ia juga dilengkapkan dengan penderia pengimbas cap jari pada sebelah sisinya dan juga turut menyokong ketersambungan 4G, Wi-Fi 5, dan Bluetooth 5.0.

realme C75x telah mula dijual pada harga RM599 di Shopee bermula sejak 8 Mac 2025. Telefon pintar dengan pilihan warna biru dan merah jambu ini juga menawarkan promosi waranti tambahan secara percuma untuk pembelian sehingga 6 April ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.