Utama Android Realme realme C75 secara rasminya diumumkan; Guna MediaTek Helio G92 Max, bateri 6,000mAh

realme C75 secara rasminya diumumkan; Guna MediaTek Helio G92 Max, bateri 6,000mAh

142
0

realme secara rasminya telah mengumumkan barisan telefon pintar mampu milik baharunya di dalam siri C menerusi realme C75. Berkesinambungan daripada C65, ia menawarkan pemprosesan yang lebih berkuasa, skrin yang ditambahbaik, lebih tahan lasak dan bateri lebih besar.

Telefon pintar ini menampilkan skrin LCD 6.72-inci beresolusi 1080p dengan kecerahan puncak 690 nits dan kadar penyegaran semula 90Hz. Menggunakan pemprosesan MediaTek Helio G92 Max, telefon pintar berharga mampu milik ini juga menawarkan pengimbas cap jari pada sebelah sisinya. Untuk perisian pula, ia menggunakan antaramuka realme UI 5.0 berasaskan Android 14.

Kameranya pula sama dengan model terdahulu iaitu sebuah kamera utama 50MP, sensor berkedalaman dan juga kamera hadapan 8MP. Ia mempunyai bateri 6,000mAh yang menyokong pengecasan 45W dan juga pengecasan berbalik. Dari segi ketahanan, telefon pintar ini mempunyai kerintangan debu dan air IP69 dan tahan jatuh MIL-STD-810H.

realme C75 pertama kali diperkenalkan di Vietnam baru-baru ini. Harga serta ketersediaannya untuk pasaran Malaysia dan juga beberapa pasaran global lain masih lagi belum diketahui. Dijangkakan ia akan memasuki ke pasaran Malaysia tidak lama lagi berdasarkan maklumat mengenainya di dalam pangkalan data SIRIM telah pun diketemukan.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.