Utama Android Realme realme 12X 5G dilancarkan secara rasminya; Hadir dengan Dimensity 6100+ Pengecasan 45W

realme 12X 5G dilancarkan secara rasminya; Hadir dengan Dimensity 6100+ Pengecasan 45W

38
0

realme telah melancarkan telefon pintar peringkat menengah baharunya, realme 12X 5G di pasaran India. Telefon pintar berkenaan mengetengahkan pengecasan pantas SUPERVOOC 45W, dan kamera AI 50MP.

Bersama-sama pemprosesan MediaTek Dimensity 6100+, realme 12X 5G menawarkan storan 128GB dan pilihan RAM antara 6GB atau 8GB. Untuk paparannya pula, telefon pintar baharu dari realme ini menyediakan skrin FHD+ 6.72-inci dengan kadar penyegaran semula sehingga 120Hz dan tahap kecerahan 950 nits.

Telefon pintar dengan penarafan kerintangan air dan debu IP65 ini juga mempunyai sepasang pembesar suara stereo dan untuk perisiannya pula, ia menggunakan antaramuka Realme UI 5.0 yang berasaskan Android 14.

Bagi memastikan pemprosesannya MediaTek Dimensity 6100+ 5G kekal optimum dalam keadaan yang menyebabkan suhunya meningkat, realme 12X 5G juga dilengkapkan dengan Vapour Chamber Cooling System.

Melalui bateri berkapasiti 5,000mAh, telefon pintar ini juga menyokong pengecasan SUPERVOOC 45W yang mampu mengecas dari sifar ke setengah kapasiti dalam tempoh 30 minit.

Dari segi fotografi, realme menawarkan tetapan dwi-kamera dengan kamera utama AI 50MP dan sebuah kamera 2MP pada sebelah belakangnya. Di hadapannya pula disediakan sebuah kamera 8MP.

Di India, realme 12X 5G dijual pada harga bermula dari ₹11,999 (~RM683), ₹13,499 (~RM769) dan ₹14,999 (~RM854). Dijangkakan telefon pintar ini akan hadir ke pasaran global lain termasuk Malaysia tidak lama lagi berdasarkan penyenaraiannya di laman persijilan SIRIM pada bulan lepas.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.