Utama Teknologi Kecerdasan Buatan ChatGPT tidak lagi meminta anda Daftar Masuk untuk gunakannya

ChatGPT tidak lagi meminta anda Daftar Masuk untuk gunakannya

150
0

Sebelum ini anda perlu mendaftarkan akaun OpenAI atau melog masuk menggunakan akaun Google, Microsoft atau Apple bagi mendapatkan akses ke ChatGPT. Kini, anda boleh menggunakan chatbot tersebut terus tanpa perlu mendaftar masuk.

Walaubagaimanapun, akses ini hanya terhad untuk perkhidmatan percumanya yang berasaskan model GPT-3.5. Model terknini GPT-4 pula masih lagi perlu dilanggan jika ingin mengaksesnya.

ChatGPT yang dilog masuk tanpa menggunakan akaun juga mempunyai beberapa had akses. Menurut OpenAI, pihaknya memperkenalkan perlindungan tambahan pada kandungan seperti sekatan prompt dan juga sekatan penjanaan untuk lebih banyak kategori. Ia bertujuan mencegah penyalahgunaan teknologi tersebut di kalangan orang ramai.

Tidak dapat dipastikan tujuan mengapa pihak OpenAI memberikan kebenaran akses penggunaannya tanpa perlu melog masuk. Kemungkinan besar ia bagi membolehkan lebih banyak data digunakan untuk melatih pembelajaran mesinnya.

Pengguna yang tidak mahukan prompt-prompt yang ditulis digunakan bagi tujuan latihan pada mesin masih lagi boleh memilih untuk tidak mahu turut serta. Anda boleh pergi ke ikon tanda soal pada penjuru kanan bawah, kemudian ke ‘setting’ dan matikan pilihan “Improve the model for everyone”. Cuma, bahagian ini agak tersorok dan mungkin sebahagian pengguna tidak perasan tentangnya.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.