Utama Telco Astro Pusat Penyiaran Astro ditutup sementara selepas seorang Kakitangannya disahkan positif COVID-19

Pusat Penyiaran Astro ditutup sementara selepas seorang Kakitangannya disahkan positif COVID-19

661
0

Astro telah mengesahkan seorang kakitangannya telah disahkan positif COVID-19. Berikutan itu, ibu pejabatnya, All Asia Broadcast Center (AABC) di Bukit Jalil akan ditutup untuk dua hari berikutnya bagi tujuan sanitasi.

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan, kakitangan berkenaan yang bertugas dalam pasukan pengangkutan jurutera siaran luar di ibu pejabat Astro di Bukit Jalil telah disahkan positif pada 5 April. Beliau kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital kerajaan.

Pihak Astro turut menegaskan tiada gangguan dalam mana-mana operasi penyiaran dan pelanggan boleh menikmati perkhidmatan seperti biasa.

Buat masa ini, Astro sedang berusaha mengenal pasti kontak rapat yang berhubung dengan kakitangan berkenaan bagi menjamin kesihatan dan keselamatan pekerja yang sentiasa menjadi keutamaan syarikat penyiaran tersebut.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.