Utama Teknologi BSN: Pembayaran BPN bermula Isnin, 6 April 2020

BSN: Pembayaran BPN bermula Isnin, 6 April 2020

1092
0

Fasa pertama pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) akan mula dimasukkan ke akaun-akaun penerima bermula dari Isnin, 6 April hingga Rabu, 15 April 2020, menurut Bank Simpanan Nasional (BSN).

Di dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh BSN, penerima boleh membuat pengeluaran menerusi mesin teler automatik (ATM) di dalam rangkaian MEPS di seluruh negara. Pengecualian caj RM1 di seluruh ATM MEPS sepanjang tempoh PKP ini juga diharap dapat membantu para penerima membuat pengeluaran.

Pihak bank juga turut menasihatkan penerima-penerima supaya mengamalkan penjarakkan sosial apabila melakukan transaksi perbankan di mana-mana ATM MEPS dan kaunter cawangan-cawangan BSN. Penerima juga turut diingatkan supaya mengunjungi kaunter BSN hanya apabila perlu sahaja.

Beberapa cawangan BSN dinyatakan tidak beroperasi berikutan pengeluaran PKP. Bagaimanapun, ATM-ATM BSN masih lagi beroperasi seperti biasa.

Bagi penerima yang masih lagi belum menerima status kredit BPN atau tiada rekod, anda diminta untuk membuat semakan status anda di https://www.hasil.gov.my/ atau https://bpn.hasil.gov.my/

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.