Utama PRNewswire PreIPO akan menyertai pusingan pengumpulan dana bernilai $250 juta untuk SPiCE II...

PreIPO akan menyertai pusingan pengumpulan dana bernilai $250 juta untuk SPiCE II susulan kejayaan SPiCE I yang telah dinobatkan sebagai dana VC Terbaik bagi Ekosistem Blok Rantai 2022

155
0
PreIPO akan menyertai pusingan pengumpulan dana bernilai 0 juta untuk SPiCE II susulan kejayaan SPiCE I yang telah dinobatkan sebagai dana VC Terbaik bagi Ekosistem Blok Rantai 2022
BOCA RATON, Florida, 24 Januari 2023 /PRNewswire/ — PreIPO®, penyedia penyelesaian teknologi kewangan inovatif yang terkemuka, hari ini mengumumkan pakatan pembiayaan strategik dengan SPiCE VC yang akan membolehkan PreIPO® mengembangkan lagi tawarannya dan membawa teknologi kewangan canggih ke pasaran yang lebih besar. PreIPO® kini menawarkan pelaburan dalam SPiCE II kepada para pelabur yang tidak mempunyai akses kepada dana tersebut sebelum ini. Pengumuman tersebut dibuat selepas SPiCE I memperoleh kadar pulangan dalaman (IRR) sebanyak 50.7% yang terbaik di pasaran serta dianggap sebagai dana Modal Usaha Niaga Terbaik 2022 dalam ekosistem blok rantai dan pentokenan.

“Kami teruja dapat bekerjasama dengan PreIPO®,” kata Tal Elyashiv, Pengasas merangkap Rakan Kongsi Pengurusan SPiCE VC. “Kepakaran dan sokongan mereka adalah tidak ternilai dan sejajar dengan usaha kami untuk terus membangunkan dan membawa dana inovatif kami ke pasaran.”

Melalui kerjasama pengumpulan dana ini, SPiCE II akan ditampilkan pada Platform PreIPO® , dengan bilik data yang kukuh termasuk rangkaian alat penelitian dan pemasaran utama – menandakan dana pertama yang tersedia sepenuhnya untuk pelaburan dalam ekosistem PreIPO®. SPiCE II juga akan mempunyai akses kepada rangkaian pakar industri PreIPO® , pelabur dan rakan kongsi yang berpotensi serta pengalaman mereka dalam membantu syarikat-syarikat meningkat dan berjaya.

“PreIPO® mempunyai sebuah pasukan yang kukuh dalam menyampaikan penyelesaian teknologi kewangan yang inovatif,” kata Rob-Roy Roedel, rakan kongsi SPiCE VC. “Kami teruja dapat bekerjasama dan menyokong pertumbuhan mereka ketika mereka terus berusaha untuk mendorong industri teknologi kewangan maju ke hadapan.”

Distruktur sebagai “dana suapan,” PreIPO® akan menyediakan para pelabur dengan akses kali pertama kepada dana modal teroka utama dalam ekosistem blok rantai dan pentokenan yang biasanya hanya tersedia kepada segelintir individu terpilih yang mempunyai jumlah modal pelaburan yang banyak. Melalui kerjasama antara PreIPO® dengan SPiCE VC, para pelabur boleh mengakses peluang pertumbuhan dengan SPiCE VC dengan syarat pelaburan minimum yang jauh lebih rendah berbanding pelaburan langsung dalam SPiCE II.

“Kerjasama ini merupakan langkah ke hadapan yang signifikan bagi PreIPO® dan akan membantu syarikat ini untuk terus mendorong batas potensinya dalam dunia teknologi kewangan. Kami tidak sabar menantikan perkembangan dan pertumbuhan yang menarik yang akan dibawa oleh kerjasama ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengerusi Eksekutif PreIPO®, David Grzan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang PreIPO, sila layari https://preipo.com/. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dana SPiCE II dengan SPiCE VC, sila layari  https://spicevc.com/

Tentang PreIPO Corporation™ 

PreIPO® ialah sebuah syarikat teknologi kewangan yang mengkhusus secara aktif dalam transaksi sekuriti pasaran swasta untuk para pelabur, penjual, pengeluar dan institusi kewangan yang layak melalui ekosistem yang bersepadu secara vertikal bagi tawaran perisian sebagai perkhidmatan(SaaS) ‘boleh dilesen dan dilabelkan’ miliknya yang direka khas untuk para broker/peniaga. Sebagai perintis dalam sistem kewangan yang teragih secara digital, PreIPO® menggunakan PreIPO-as-a-Service Platform™ miliknya yang proprietari. Kami turut berbesar hati untuk menawarkan PreIPO INTELLI™ di mana program ini akan menjadikan beberapa jam dan hari penyelidikan dalaman yang padat kepada maklumat yang boleh diambil tindakan dan mudah difahami oleh para pelabur yang berkelayakan. Sila layari laman web kami www.preipo.com atau hantarkan e-mel kepada David Grzan, Ketua Pegawai Eksekutif PreIPO di inquiries@preipo.com.

TENTANG SPiCE VC: 

SPiCE VC ialah sebuah firma Modal Teroka yang memberikan pendedahan kepada para pelabur tentang pertumbuhan ekosistem Blok Rantai/Pentokenan secara besar-besaran. SPiCE melabur dalam platform dan penyedia ekosistem di seluruh dunia yang membolehkan akses kepada pasaran modal, perbankan, hartanah dan industri lain yang dipertingkatkan melalui teknologi Blok Rantai. SPiCE memberi tumpuan khusus kepada syarikat-syarikat yang paling banyak mendapat manfaat daripada pertumbuhan industri secara besar-besaran. Dengan gabungan pengetahuan institusi, pengurusan langsung, inovasi keusahawanan dan pengalaman pelaburan profesional, pasukan pengurusan SPiCE telah terlibat dalam beratus-ratus pusingan pembiayaan teknologi berjumlah berbilion-bilion dolar; sebagai usahawan, pelabur dan eksekutif. SPiCE mempunyai lokasi di AS, Switzerland, Singapura dan Israel. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang SPiCE VC, sila layari www.spicevc.com atau hantarkan e-mel kepada Tal Elyashiv, Pengasas merangkap Rakan Kongsi Pengurusan di tal@spicevc.com.

PreIPO akan menyertai pusingan pengumpulan dana bernilai 0 juta untuk SPiCE II susulan kejayaan SPiCE I yang telah dinobatkan sebagai dana VC Terbaik bagi Ekosistem Blok Rantai 2022

Video – https://www.youtube.com/watch?v=FSdVJXBbLEs 
Logo – https://mma.prnewswire.com/media/1974842/PreIPO_Corp_Logo.jpg

Artikel sebelum iniSeragon Mengumumkan RESTORIN®, Nutraseutikal Antipenuaan Termaju Setakat Ini
Artikel seterusnyaUltiMaker Melancarkan S7 – Pencetak 3D Siri-S Utama Baharu
Terus dari meja pengarang berita Harian Teknologi. Akhbar teknologi nombor 1 di Malaysia!

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.