BROOKLYN, New York dan UTRECHT, Belanda, 24 Januari 2023 /PRNewswire/ — UltiMaker, sebuah peneraju global dalam percetakan desktop 3D, hari ini mengumumkan pelancaran UltiMaker® S7 – kemasukan terkini dalam pencetak 3D siri ‘S’ syarikat yang paling laris.

“Lebih 25,000 pelanggan berinovasi dengan UltiMaker S5 setiap hari, menjadikan mesin yang memenangi anugerah ini sebagai salah satu pencetak 3D profesional yang paling banyak digunakan di pasaran,” kata Ketua Pegawai Eksekutif UltiMaker, Nadav Goshen. “Dengan S7, kami mengambil semua ciri yang disukai oleh para pelanggan kami tentang S5 dan menciptanya menjadi sesuatu yang lebih baik.” UltiMaker S7 memperkenalkan pelbagai ciri baharu yang direka untuk memudahkan penggunaan dan kebolehpercayaan cetakan. Plat binaan fleksibel baharu memudahkan pengalihan keluar cetakan dan Pengurus Udara bersepadu menapis sehingga 95% UFP dan memperbaiki pengawal suhu. S7 juga menampilkan perataan tapak automatik yang lebih baik untuk lekatan lapisan pertama yang boleh dipercayai.
Rakan kongsi bahan, igus – yang bermatlamat untuk menyampaikan bahan plastik untuk jangka hayat yang lebih lama – berpeluang untuk pratonton S7 dan menguji sistem. Jurutera Pembangunan AM mereka, Niklas Eutebach menyatakan: “Kami melihat bahawa sistem peletakan tapak baharu pada S7 benar-benar membantu kami mencetak bahagian yang sangat tepat dengan ciri-ciri mekanikal yang tepat menggunakan bahan-bahan kami.”
Kemajuan dalam pengawalan suhu pada S7 membolehkan para pengguna memanfaatkan jumlah binaan 330 X 240 X 300 mm yang besar – dengan ketepatan yang boleh dipercayai daripada lapisan cetakan pertama hingga terakhir. Tapak yang fleksibel tersebut juga menyediakan penyingkiran pasca percetakan yang mudah, mengurangkan tenaga kerja supaya pengguna boleh meneruskan tugas-tugas lain.
Luke Taylor, Pengurus Pemasaran Polymaker – pengeluar bahan percetakan 3D berprestasi tinggi – juga berpeluang untuk menguji S7 dengan aplikasi pelanggan yang sebenar, mencetak acuan gentian karbon untuk spoiler kereta lumba. “Bahagian ini adalah kira-kira sebesar yang boleh anda cetak pada S7,” jelas beliau. “Ia mempunyai beberapa penjuru yang tajam, jadi saya fikir kita boleh menguji lekatan untuk tapak fleksibel baharu dan melihat bagaimana bahan CoPA kita berkesan dengan bahagian yang besar ini. Dan hasilnya adalah hebat!”
S7 ini akan serasi dengan Ekosistem UltiMaker yang terdiri daripada lebih 200 bahan dan menawarkan integrasi yang lancar dengan perisian terkemuka dalam industri, UltiMaker Cura, percetakan mudah dengan pelbagai bahan yang paling luas di pasaran dan sokongan yang dikhususkan untuk kejayaan pelanggan. “Daripada semua ekosistem yang tersedia, ekosistem UltiMaker adalah yang paling komprehensif,” kata Taylor.
Dengan Pakej S7 Pro, para pengguna juga boleh menggabungkan S7 dengan Stesen Bahan UltiMaker untuk mencetak hingga enam gulungan dengan penukaran bahan dan kawalan kelembapan automatik.
“UltiMaker S7 merupakan tambahan yang hebat kepada pencetak Siri-S kami,” kata Goshen menyimpulkan, “Oleh kerana lebih ramai pelanggan menggunakan percetakan 3D untuk berkembang dan menginovasi perniagaan mereka, matlamat kami adalah untuk memberikan mereka penyelesaian yang lengkap untuk berjaya. Dengan S7 yang baharu ini, para pelanggan boleh disediakan dan beroperasi dalam masa beberapa minit: menguruskan pencetak, pengguna dan reka bentuk dengan perisian Kilang Digital kami, meningkatkan pengetahuan percetakan 3D mereka dengan kursus e-pembelajaran di UltiMaker Academy serta memilih daripada beratus-ratus bahan dan pemalam menggunakan Pasaran UltiMaker Cura.”
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang S7, sila layari https://ultimaker.com/s7
Nota kepada Editor
Media dijemput untuk melihat demonstrasi maya UltiMaker S7 pada 7 Februari. Untuk mendaftar minat anda, sila hubungi Incus, butiran hubungan adalah seperti di bawah.
Tentang UltiMaker
UltiMaker ialah peneraju global dalam industri percetakan 3D dengan misi untuk mempercepat penerimagunaan pembuatan tambahan dengan menyediakan ekosistem perkakasan, perisian dan bahan pencetakan 3D desktop yang komprehensif. UltiMaker menggabungkan dua jenama pencetakan 3D desktop terkemuka–Ultimaker dan MakerBot–untuk memajukan ketersediaan penyelesaian pencetakan 3D yang boleh diakses dan mudah digunakan untuk sebarang penggunaan, sambil memberi inspirasi kepada industri kepada keadaan pembuatan yang bertanggungjawab dan lestari di masa hadapan.
Ultimaker merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Ultimaker B.V. Semua tanda dagangan yang lain merupakan hak milik pemilik masing-masing.
Foto: https://mma.prnewswire.com/media/1988291/UltiMaker_S7.jpg
Logo: https://mma.prnewswire.com/media/1988292/Ultimaker_Logo.jpg
