KUALA LUMPUR, 17 Mei 2024 – Astro dengan bangganya menawarkan pelanggan satu pakej menarik Astro Fibre bersama Primary Pack yang memberikan manfaat dua kali ganda iaitu WiFi Kencang 500Mbps dan Primary Pack hanya pada harga RM149.99. Tawaran ini memberikan yang terbaik dari kedua-dua dunia: akses internet berkelajuan tinggi dan hiburan keluarga, semuanya pada harga yang biasanya pelanggan bayar hanya untuk fiber.
Bermula dari 16 Mei, Astro akan mengadakan jerayawara (roadshow) ke seluruh negara di lokasi seperti Johor, Selangor, dan Pulau Pinang untuk pelanggan merasai sendiri produk dan perkhidmatan inovatif Astro. Sertai kami untuk aktiviti menyeronokkan seperti Spin and Win, di mana anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah, termasuk baucar bernilai RM20 dari Clinique, jenama penjagaan kulit yang dipandu oleh pakar dermatologi.
Selain itu, Astro menawarkan lebih banyak ganjaran untuk pelanggan yang mendaftar atau menaik taraf kepada mana-mana Astro Packs semasa jelajah. Dengan setiap pendaftaran, pelanggan akan menerima e-baucar dari jenama terkemuka seperti Petronas, Shopee, Touch ‘N Go dan Clinique. Perhatikan trak bergerak sebagai sebahagian dari Jelajah Astro di lokasi berikut:
Tarikh | Lokasi |
16 – 19 Mei 2024 | Johor Baharu – Sutera Mall, Skudai |
24 – 26 Mei 2024 | Klang – Pandamaran |
31 Mei – 2 Jun 2024 | Batu Pahat – Pekan Batu Pahat |
7 – 9 Jun 2024 | Pulau Pinang – Bukit Mertajam |
Tawaran 2-dalam-1 ini memberikan penjimatan yang signifikan sebanyak RM2,160 dalam tempoh 24 bulan dan kemudahan bil yang serba lengkap dan mudah diuruskan yang bukan sahaja menjimatkan wang tetapi juga masa. Fiber berkelajuan tinggi 500Mbps menawarkan internet tanpa had untuk semua ahli keluarga, membolehkan penstriman tanpa gangguan, melayari, bermain permainan, memuat naik, memuat turun, dan banyak lagi pada pelbagai peranti.
Pakej tawaran ini didatangkan dengan Primary Pack, menawarkan pelanggan lebih 80+ saluran termasuk saluran hiburan tempatan, saluran dari Hong Kong, China, Taiwan, India dan banyak lagi untuk seluruh keluarga. Ini termasuk “The Heir to the Throne” di Astro AOD, “The Hardest Singing Show” di Astro RIA dan drama TV Malaysia terbaru, “Framed”, di Astro Premier. Pelanggan juga boleh menonton rancangan seperti “Maaya Regai” dan “Oru Kalainganin Diary” di Astro Vinmeen, antara rancangan menarik yang lain.
Dengan setiap pembelian, pelanggan akan diberikan penghala (router) WiFi 6 dan Astro Ulti Box tanpa kos tambahan. Pemasangan Ulti Box juga disertakan dalam pakej secara percuma. Untuk pengalaman pelanggan yang lebih baik, pakej ini termasuk aplikasi Astro GO, aplikasi yang membolehkan pelanggan menikmati rancangan kegemaran mereka bila-bila masa, di mana sahaja.
Pelanggan juga boleh mengawal WiFi mereka dengan aplikasi percuma Astro Fibre, yang membolehkan pelanggan mengambil alih, mengurus dan melindungi rangkaian rumah mereka. Aplikasi berguna ini membolehkan pelanggan memantau prestasi WiFi secara masa nyata, mengawal penggunaan WiFi untuk semua ahli keluarga, dan berkongsi akses WiFi dengan tetamu dengan selamat.
Maklumat lanjut, layari Astro Malaysia.