Utama Automotif Menteri Pengangkutan: Pemasangan ‘Dashcam’ masih belum diwajibkan

Menteri Pengangkutan: Pemasangan ‘Dashcam’ masih belum diwajibkan

109
0
Imej dari Facebook Kementerian Pengangkutan

Pemasangan kamera papan pemuka (dashcam) dapat memberikan manfaat buat para pemandu dengan cadangan untuk menjadikannya mandatori pernah dikemukakan sebelum ini. Bagaimanapun, Kementerian Pengangkutan masih belum mewajibkan pemasangannya. Menurut laporan dari Bernama, tiada rancangan untuk melaksanakannya buat masa ini.

Laporan tersebut memetik Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, yang menyatakan walaupun masih lagi belum dimandatori, “Kita menggalakkan pemasangan dashcam terutamanya pada kenderaan-kenderaan daripada pengilang .” Beliau juga menyatakan bahawa rakaman dari kamera papan pemuka boleh digunakan sebagai bukti untuk menentukan siapa yang bersalah dan siapa yang harus bertanggungjawab jika berlaku kemalangan.

Pemasangan kamera papan pemuka bukan sahaja berguna untuk menentukan siapa yang bersalah dalam kemalangan, tetapi juga sebagai salah satu bentuk perlindungan diri yang penting. Contohnya video rakaman kejadian percubaan menipu yang tular pada 2022, di mana seorang lelaki melontarkan dirinya ke cermin hadapan sebuah kereta yang baru sahaja membelok keluar dari satu simpang

Selepas kejadian itu, beberapa “saksi” segera tampil, dengan seorang daripadanya kelihatan merakam kemalangan tersebut. Orang ramai, termasuk “mangsa” tersebut, bersurai selepas pemandu berkenaan memmberitahu untuk menunggu kedatangan polis kerana dia mempunyai kamera papan pemuka yang dipasang pada keretanya.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.