Utama Mobile Aplikasi Bantuan e-Tunai RM100 akan mula disalurkan pada Disember 2023

Bantuan e-Tunai RM100 akan mula disalurkan pada Disember 2023

102
0
Bantuan Kredit e-Tunai RM100 B40 M40

Julai lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bantuan e-tunai RM100 kepada 10 juta rakyat Malaysia dewasa. Hari ini pihak kerajaan telah mengesahkan pemberian kredit e-tunai tersebut akan mula disalurkan pada Disember 2023.

Bernama melaporkan perkara tersebut telah dinyatakan oleh Timbalan Menteri Kewangan II Steven Sim Chee Keong pada 19 Oktober 2023. Beliau juga meminta orang ramai supaya bersabar dan menjamin pihak kerajaan menepati janji yang telah dibuat.

Timbalan Menteri Kewangan II juga memaklumkan inisiatif berjumlah RM1 billion ini bukan sekadar memanfaatkan isirumah penerima, malah turut merancakkan pasaran tempatan terutamanya peniaga kecil dan penjaja. Bantuan e-tunai ini juga merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan membantu golongan B40 dan M40.

Rakyat Malaysia berusia 21 tahun dan ke atas dengan pendapatan tahunan di bawah RM100,000 bakal menerima bantuan kredit e-tunai RM100 tersebut. Bagaimanapun, buat masa ini kaedah penyaluran bantuan berkenaan seperti platform e-tunai yang turut serta masih belum diumumkan.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.