Utama Telco CelcomDigi CelcomDigi buka pra-tempahan Galaxy Z Fold 5 dan Galaxy Z Flip 5;...

CelcomDigi buka pra-tempahan Galaxy Z Fold 5 dan Galaxy Z Flip 5; Pelan rebat sehingga RM480

333
0
CelcomDigi Samsung Galaxy Z Fold-Flip5 Pre-Order KV

Tidak lama selepas pengumuman Samsung Galaxy Z Fold 5 dan Galaxy Z Flip 5 semalam, CelcomDigi telah mengumumkan tawaran pra-tempahan khas untuk pelanggan yang ingin mendapatkan kedua-dua peranti berkenaan.

Pelanggan CelcomDigi boleh mula membuat pra-tempahan untuk peranti boleh lipat berkenaan menerusi pelan Celcom MEGA dan Digi PhoneFreedom 365.

Bermula dari sekarang sehingga 17 Ogos 2023, pra-tempahan ini boleh dibuat menerusi kedai dalam talian Celcom dan Digi, atau secara fizikal di Celcom Bluecube,  Celcom Certified Partners, Digi Stores atau Digi Store Express. Peranti-peranti berkenaan akan mula dihantar kepada pengguna selepas 9 Ogos 2023.

Eksklusif sepanjang tempoh pra-tempahan ini, pelanggan Celcom dan Digi yang membuat pra-tempahan Galaxy Z Fold 5 dan Galaxy Z Flip 5 akan menikmati naik taraf storan secara percuma dari 256GB kepada 512GB. Bukan itu sahaja, anda juga akan menerima tebat tambahan RM20 selama 24 bulan dan juga akses ke rangkaian 5G secara percuma menerusi pelan yang sama.

Galaxy Z Fold 5 dan Galaxy Z Flip 5 akan mula hadir secara fizikal di semua Celcom Bluecube dan Digi Stores bermula dari 18 Ogos 2023. Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Digi atau Celcom.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.