Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini menerusi pengumuman khas telah mengumumkan pakej bantuan terbaru untuk menangani pandemik COVID-19. Dikenali sebagai Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI), pakej ini menyediakan 22 inisiatif yang berjumlah RM15 bilion.

Salah satu dari inisiatif PERMAI turut melanjutkan pemberian data percuma 1GB sehingga 30 April 2021. Pemberian data percuma ini merupakan lanjutan dari sebahagian inisiatif PENJANA yang mula diperkenalkan pada Jun 2020.

Inisiatif data percuma 1GB berkenaan pada asalnya dijadualkan bakal tamat pada 31 Mac 2021. Perlanjutan ini diharapkan dapat membantu rakyat terutamanya dari golongan B40 menikmati data percuma.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.