Tahun lalu kerajaan telah mengumumkan inisiatif Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) di dalam pembentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Sebanyak RM6.5 bilion telah diperuntukan bagi memanfaatkan seramai 8.1 juta pemohon yang layak. Permohonan BPR kini telah pun dibuka sejak 15 Januari 2021 sehingga 15 Februari 2021.

Cara memohon BPR 2021

Pemohon boleh membuat permohonan melalui tiga cara seperti berikut, iaitu;

  • Secara dalam Talian di https://bpr.hasil.gov.my
  • Mengisi borang permohonan BPR yang boleh dicetak oleh pemohon melalui portal rasmi BPR di https://bpr.hasil.gov.my
  • Hadir ke mana-mana cawangan LHDNM, Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM dengan mengisi dan mengemukakan Borang Permohonan BPR.

Bagaimanapun, berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan masih lagi berkuatkuasa, pemohon digalakkan supaya membuat permohonan secara dalam talian.

Syarat Kelayakan BPR 2021

Terdapat dua kategori pemohon telah ditetapkan bagi permohonan BPR 2021 iaitu mengikut isi rumah dan bujang.

ISI RUMAH

Bagi pemohon mengikut isi rumah, syarat-syarat yang perlu dipenuhi adalah seperti berikut;

PEMOHON
  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
  • Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.
PASANGAN
  • Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS);
  • Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan
    MyPR / MyKAS).
ANAK
  • Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN sahaja; dan
  • Warganegara Malaysia yang memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKid) sahaja; dan
  • Tidak bekerja atau tiada pendapatan yang berumur:
    • 17 tahun dan ke bawah; atau
    • 18 tahun dan ke atas bagi yang masih belajar sepenuh masa di Institut Pengajian Tinggi Awam / Swasta

BUJANG

Bagi pemohon bujang pula, ini adalah syarat-syarat yang perlu dipenuhi bagi layak menerima BPR 2021.

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
  • Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah bagi yang berumur 21 tahun hingga 59 tahun dan OKU berumur 18 tahun hingga 59 tahun.

Nilai Bantuan BPR 2021

Kategori isi rumah

Kategori Bantuan / Pendapatan Kasar BulananNilai Bantuan Isi Rumah ≤1 Anak / Tanggungan (RM)Nilai Bantuan Isi Rumah ≥2 Anak / Tanggungan (RM)
RM2,500 dan ke bawah1,2001,800
RM2,501 – RM4,0008001,200
RM4,001 – RM5,000500750

Kategori Bujang Berumur 21 Tahun – 59 Tahun dan OKU Berumur 18 Tahun – 59 Tahun

Pendapatan Kasar BulananNilai Bantuan
RM2,500 dan ke bawah350 (One-off)

Jadual Pembayaran BPR 2021

Bayaran Bantuan Prihatin Rakyat 2021 akan dibuat mengikut fasa.

  • Fasa 1 – April / Mei 2021
  • Fasa 2 – September / Oktober 2021

Bagaimanapun, fasa pembayaran ini tertakluk kepada perubahan-perubahan yang akan diumumkan kelak.

Maklumat Penting

Pemohon BSH 2020 atau BPN 2.0 yang pernah lulus di dalam permohonan tersebut boleh mengemaskini sahaja permohonan unntuk BPR 2021.

Manakala pemohon yang tidak menerima BSH 2020 atau BPN 2.0 serta berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah, perlu membuat permohonan baharu BPN 2021.

Dokumen Sokongan yang diperlukan

PEMOHON

• Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN.
• Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN.
• Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN.
• Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah.

PASANGAN

• Salinan pengenalan pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS)
• Salinan pasport / Visa / UNCHR / Pas Sempadan / Sijil lahir / KP lama

ANAK

Anak Kandung Salinan MyKad / MyKid dan Salinan Sijil Lahir yang dikeluarkan oleh JPN; atau
Anak Angkat Salinan MyKad / MyKid dan Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN.

Cara mendaftar MyBPR untuk permohonan Bantuan Prihatin Rakyat secara online

Bagi pemohon yang pertama kali melog masuk ke MyBPR, pemohon perlu mendaftar MyBPR terlebih dahulu.

  • Klik Menu MyBPR
  • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
  • Maklumat Keselamatan – Anda perlu menjawab 2 Soalan Keselamatan yang dipaparkan dengan tepat dan betul
    • Soalan Keselamatan adalah berdasarkan Permohonan BPR 2021
    • Sekiranya jawapan yang dimasukkan adalah salah, anda diberi 3 peluang untuk menjawab dengan jawapan yang betul
    • Jika akaun telah disekat kerana salah menjawab soalan Rujuk Panduan Pengguna Daftar MyBPR
  • Pendaftaran MyBPR (setelah berjaya menjawab 2 soalan keselamatan)
    • Masukkan Kata Kunci Keselamatan yang mudah untuk diingati
      • Format Kata Kunci Keselamatan adalah hanya huruf dan nombor sahaja. Aksara Khas / Simbol tidak dibenarkan
      • Kata Kunci Keselamatan yang didaftarkan adalah sebagaipengesahan setiap kali anda Log Masuk MyBPR
    • Jawab 5 Soalan yang disediakan
      • Anda boleh membuat pilihan soalan yang disediakan
      • Jawapan yang didaftarkan akan digunakan untuk pengesahan apabila anda terlupa Kata Laluan
    • Pengesahan soalan dan jawapan yang telah dipilih akan dipaparkan dan semak. Sekiranya betul, klik butang Teruskan
    • Daftar Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan serta Klik butang Daftar
      • Kata Laluan yang didaftarkan mesti mempunyai 8 aksara, mempunyai huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol
      • Kata Laluan yang daftarkan perlulah mudah dan senang diingati
      • Kata Laluan yang didaftarkan perlu dimasukkan setiap kali anda Log Masuk MyBPR
    • Paparan Mesej “Akaun Telah Berjaya didaftarkan. Sila Ke Halaman Log Masuk untuk ke Menu MyBPR”. Anda boleh Log Masuk MyBPR

Pertanyaan lanjut

Bagi anda yang mempunyai pertanyaan lanjut berhubung Bantuan Prihatin Rakyat 2021, anda boleh menghubuingi di talian Hotline BPR MOF 03-8882 4565 / 03-8882 4566 atau di Hotline BPR LHDNM 1-800-88-2747. Anda juga boleh mengajukan sebarang pertanyaan melalui emel ke bpr@treasury.gov.my

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.