Aplikasi permesejan paling popular di Malaysia, WhatsApp sejak akhir-akhir ini sering dikaitkan dengan isu privasi pengguna.

Sebelum ini pada Jun tahun lalu, orang ramai boleh mencari nombor telefon dengan carian Google melalui domain WhatsApp wa.me. Kini, perkara yang hampir sama berlaku lagi dengan carian melalui domain web.whatsapp.com.

Penemuan ini telah dilakukan oleh penyelidik keselamatan Rajshekhar Rajaharia dan dikongsikan beliau di Twitter.

Beliau turut menyatakan WhatsApp mempunyai fail teks yang dikenali sebagai “Robots.txt” yang sepatutnya berperanan menghalang Google melakukan pengindeksan laman webnya. Bagaimanapun, apabila hal ini berlaku menunjukkan fail berkenaan tidak berfungsi seperti yang sepatutnya.

Selain itu, HotHardware turut melaporkan WhatsApp mempunyai sebuah lagi laman web yang boleh menjana kod verifikasi.

Sekilas pandang, ianya kelihatan membimbangkan kerana membenarkan pengguna menghasilkan kod verifikasi tertentu sendiri. Lebih memburukkan keadaan, ianya berpotensi untuk disalahgunakan oleh scammer melalui nombor-nombor telefon yang boleh dicari.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.