Utama Apple Pengguna Apple dikatakan mula pulangkan semula Set Kepala Vision Pro

Pengguna Apple dikatakan mula pulangkan semula Set Kepala Vision Pro

77
0

Pengguna terawal Apple Vision Pro dilaporkan mula mengembalikan semula set kepala yang dimiliki dalam tempoh beberapa hari ini dan juga dalam tempoh 14 hari selepas pembelian. Antara sebabnya, set kepala berkenaan dikatakan tidak selesa apabila dipakai.

Menurut The Verge, kebanyakan pengguna menggemari Vision Pro tersebut, cuma ia dikatakan tidak selesa apabila dipakai. Rungutan yang dikongsikan menyatakan penggunaan set kepala tersebut menyebabkan sakit kepala serta rasa mabuk dan loya, dengan ada sebahagian daripadanya mengatakan ia agak berat.

Isu berkenaan set kepala ini juga bukan hanya melibatkan fizikalnya, malah ada pengguna yang mengatakan perisiannya juga dikatakan tidak berbaloi dengan harga jualannya US$3,500 (~RM16,731). Contohnya menggunakan perisian Figma melalui Vision Pro boleh menyebabkan pengguna merasa pening selain sukar memberikan tumpuan.

Why I am (tragically) returning
byu/GlobalPerception593 inVisionPro

Jika mengambil kira bagaimana Apple menambahbaik dari semasa ke semasa iPhone sejak dari ia mula diperkenalkan sehingga kini, dijangkakan Vision Pro juga akan ditambahbaik berdasarkan respon dari pengguna.

Buat masa ini tidak dapat dipastikan sama ada Apple merancang untuk membawakan Vision Pro ke pasaran Malaysia.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.