Isi Kandungan
Banyak perbezaan diantara pemproses Intel Core i5 dan Core i7. Di dalam entri ini saya akan membuat perbezaan antara satu sama lain dan mengapa ianya perlu dititik beratkan untuk pembelian desktop atau laptop anda akan datang. Tambahan pula, dengan pelaksanaan GST ini, setiap sen anda perlu diambil kira.
Bagi kebanyakan pengguna yang ingin mencari desktop atau laptop baru, antara ciri penting yang perlu dibuat perbandingan adalah jenis pemproses. Dua jenis pemproses berprestasi tinggi yang popular untuk dibandingkan adalah Intel Core i5 dan Intel Core i7. Tolak tepi Intel Core i3 (pilihan untuk sistem komputer bajet) dan pemproses AMD (ini kena bukak cerita bab lain), perbezaan antara Intel Core i5 dan Intel Core i7 dilihat amat ketara walaupun harga untuk sistem komputer lengkap yang menggunakan antara dua pemproses berkenaan tidak jauh bezanya. Di sini saya akan membuat perbandingan berkenaannya.
Harga dan cara pemasaran
Secara ringkasnya, sistem komputer yang dilengkapi dengan Intel Core i5 adalah kurang mahal berbanding sistem yang dilengkapi dengan Intel Core i7. Ini selaras dengan hasrat Intel untuk menawarkan produk yang berbaloi dengan nilai yang telah ditetapkan. Oleh itu, pemproses Core i7 lebih berkeupayaan berbanding Core i5. Ia akan mempunyai lebih keupayaan untuk multitasking, kerja multimedia, permainan video berprestasi tinggi dan juga kerja-kerja saintifik. Core i7 tentunya ditujukan kepada pengguna yang sering merungut bahawa komputer mereka ”terlalu slow”.
Semakan perbandingan harga pada sistem seperti laptop Dell Inspiron 14 3000 Series menunjukkan versi Intel Core i5 adalah lebih murah dalam lingkungan RM150 berbanding versinya yang menggunakan Intel Core i7.
Kekeliruan Core
Pada kebiasaannya, anda boleh mendapatkan prestasi pemproses yang lebih baik pada Core i7 berbanding Core i5. Kebanyakan pemproses desktop Core i7 adalah pemproses empat teras dan begitu juga pada Core i5. Namun, ia tidak sama pada versi peranti mudah alih kerana terdapat banyak versi mudah alih Core i7 dan Core i5 yang mempunyai dwi-teras. Anda mungkin juga pernah menjumpai versi yang mempunyai enam atau lapan teras pada pemproses desktop Core i7 terutamanya model Extreme Edition. Tapi, versi ini amat jarang dijumpai kerana harganya yang terlalu mahal.
Penggunaan nama Core ini telah mula digunakan sejak beberapa generasi pemproses yang terdahulu. Nehalem dan Westmere menggunakan nama dengan tiga digit (contoh, Intel Core i7-920). Manakala Sandy Bridge, Ivy Bridge, Haswell dan Broadwell pula menggunakan nama dengan empat digit (contoh, Intel Core i7-5500).
Jika anda ingin mencari desktop atau laptop baru, di pasaran sekarang ini sekurang-kurangnya menawarkan Ivy Bridge bagi model komputer bajet atau yang sudah sedikit usang. Model yang baru, atau yang sudah dikenakan GST, kebanyakannya menawarkan pemproses dari generasi sebaya dengan Haswell atau Broadwell. Generasi yang terdahulu pula eperti Nehalem, Westmere dan Sandy Bridge boleh diketemukan pada model-model yang agak lama, sekitar lima tahun dan ke atas.
Apa yang anda harus perhatikan pada jenis pemproses untuk setiap generasi adalah pada nombor model mana yang lebih besar. Sebagai gambaran kasar, Intel Core i7-5500U adalah lebih bagus berbanding Intel Core i5-5200U.
Cache
Sebagai tambahan kepada kepantasan klok, pemproses Intel Core i7 memiliki cache yang lebih besar (on-board memory) untuk membantu melakukan tugasan berulang dengan lebih pantas. Jika anda sedang mengedit dan membuat kira-kira pada spreadsheet (i.e. Microsoft Excel), pemproses anda tidak perlu untuk memuat semula framework untuk setiap data yang ditempatkan. Maklumat berkenaan hanya disimpan pada cache, jadi apabila anda menukar data (i.e. nombor misalnya), pengiraan dapat dilakukan hampir secara spontan.
Cache yang besar juga membantu multitasking kerana dapat menyediakan tugasan pada bahagian latar dan segera memaparkannya apabila anda bertukar antara tetingkap. Sehingga kini, pemproses Intel Core i5 menyediakan cache antara 3MB hingga 6MB L3. Manakala Intel Core i7 pula menawarkan 4MB hingga 8MB cache.
Turbo Boost
Turbo boost adalah ciri overclocking yang disediakan oleh Intel di dalam pemprosesnya. Asasnya, ia membenarkan pemproses menjalankan tugasan dengan lebih pantas mengatasi kelajuan klok yang telah ditetapkan pada satu-satu teras jika diperlukan secara automatik. Kedua-dua Intel Core i5 dan Core i7 menggunakan Turbo Boost dengan Intel Core i7 mampu mencapai kelajuan clok yang lebih tinggi.
Hyper Threading
Teknologi multithreading dari Intel ini digunakan untuk membuatkan sistem operasi dan aplikasi ‘menyangkakan’ sesebuah pemproses itu memiliki jumlah teras yang lebih dari yang sepatutnya. Teknologi Hyper-Threading digunakan untuk meningkatkan prestasi pada tugasan multithreaded. Ia sering digunakan pada tugasan multimedia (transcoding dan rendering) dan juga melayari web (memuatkan element seperti kandungan Flash dan imej secara serentak)
Kesemua Intel Core i7 mempunyai keupayaan Hyper-Threading. Jadi, bagi versi yang mempunyai enam teras, ia mampu menguruskan 12 streams. Bagi empat teras pula, ia boleh menguruskan 8 streams dan begitu juga seterusnya untuk dwi-teras, mampu menguruskan 4 streams.
Intel Core i5 menggunakan Hyper-Threading untuk menjadikan pemproses dwi-terasnya berfungsi seperti menggunakan empat teras. Bagaimanapun, untuk versi empat terasnya, tiada fungsi Hyper-Threading disediakan.
Grafik bersepadu (Integrated graphics)
Grafik Intel HD mula diperkenalkan pada pemproses Core generasi Westmere, dimana grafik bersepadu telah siap dibina di dalam teras pemproses berkenaan. Grafik bersepadu Intel jenis yang terdahulu dibina di dalam cipset papan induk dan bukannya di dalam pemproses. Anda boleh ketemukan sokongan DX10 Intel HD Graphics 2000/3000 pada pemproses generasi Sandy Bridge atau yang baharu DX11 Intel HD Graphics 2500/4000 pada generasi Ivy Bridge.
Bagi generasi keempat pula, Haswell dan kelima, Broadwell memilki grafik yang telah dikemaskini sama ada Intel HD Graphics 5000 atau pilihan Intel Iris/Iris Pro.
Harus diingat, walaupun anda masih boleh bermain permainan video pada setting grafik paling rendah, anda masih memerlukan kad grafik yang berasingan untuk bermain permainan grafik 3d pada setting yang lebih tinggi.
Kelebihan grafik bersepadu di dalam teras pemproses ini adalah anda mampu menjimatkan penggunaan tenaga kerana faktor kedudukannya di dalam teras pemprosesan.
Pendek cerita: Intel Core i5 diperbuat untuk pengguna biasa yang mementingkan prestasi. Manakala Intel Core i7 pula dibuat untuk pencinta komputer dan juga pengguna high-end. Tepuk dompet tanya ringgit.
baca artikel ini jadi ingat processor laptop saya masih core 2duo sudah tua sekali dah mesti ganti laptop sepertinya
Terlalu naifnya kakak ni.
Banyak yg kakak timba ilmu dari pencerahan entri yg diberikan.
saya guna lap top untuk online..sekadar dapat bukak dah kira bagus..cuma sekarang ini nak cari broadband yang jimat sahaja..
BERTAHUN-TAHUN JUGA GUNA PC NI TAPI SETAKAT TAU UPDATE BLOG JER HEH..HEH..
nice share.. laptop skrg pun dah rajin hang.. tungggu masa je tuh.. dan lebih dari 5 tahun, biasa la…
Anak-anak saya yg kat IPTA bila saja mula nak masuk kampus dah siap-siap pesan nak laptop i7. Yg kita ibu bapa ni cuma pakai laptop yg asalkan taip keluar huruf dan dapat wifi…
Bagus juga info ni buat saya.. ada planning nak cari pc baru awal bulan depan nanti. Thanks sharing SY.. 🙂
tq berkongsi ilmu.. ‘intel inside’..