Rupa-rupanya, minggu lepas Google ada membuat pengumuman tentang sokongan pada kandungan bahasa Melayu untuk pengiklanan melalui Adsense. Pengumuman yang dibuat sehari selepas pelaksanaan GST ini mungkin berita baik buat para penulis blog Bahasa Melayu untuk menambah peluang menjana pendapatan melalui pengiklanan Adsense.
Dalam keadaan serba serbi naik sekarang ini, kita tidak mempunyai banyak pilihan selain mencari sumber pendapatan lebih dan tidak sekadar mengharapkan pendapatan dari sumber yang sedia ada. Jika kita berkemampuan untuk menulis dengan bagus, medium penulisan blog adalah cabang yang molek untuk kita cuba mencari pendapatan sampingan.
Memang bukan mudah untuk meraih pendapatan jika kita baru sahaja berjinak-jinak dengan bidang penulisan. Namun, berkat kesabaran dan usaha yang tidak mengenal erti putus asa, insyaAllah kita akan menemukan hasilnya.
Pengiktirafan dari Google terhadap Bahasa Melayu ini juga adalah berkat dari usaha pelbagai pihak yang tidak berputus asa menghasilkan kandungan berbahasa Melayu yang berkualiti untuk diterbitkan ke internet.
Melihat kepada graf Index Pembangunan Dunia, berkenaan peratusan pengguna internet berbanding jumlah penduduk pada 2013, pengguna internet di Malaysia mencatatkan 66.97% dari keseluruhan populasinya. Ini meletakkan Malaysia sebaris dengan negara-negara yang mencatatkan pertumbuhan pantas dalam penggunaan internet.
Justeru, usaha yang cemerlang dalam memartabatkan bidang penulisan Bahasa Melayu di dalam internet terutamanya dari kalangan penulis blog ini perlu diteruskan demi meneruskan kelangsungannya untuk manfaat generasi depan.
Saya juga mengharapkan dengan adanya cabang pengiklanan dari Adsense ini, kita semua dapat mempertingkatkan mutu kandungan di dalam Bahasa Melayu. Bukan apa, bimbang juga kalau-kalau kandungan yang rendah kualitinya ini bakal merosakkan reputasi bahasa Melayu di dalam ruangan maya. Sudahlah-sudahlah dengan terbitan bahan bacaan picisan seperti majalah Mastika, Mangga dan novel-novel cinta kosong di dalam pasaran yang merendahkan pemikiran pembaca bahasa Melayu.
Bagi anda yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan Google Adsense, berikut adalah panduan yang mungkin berguna untuk anda.
Cara daftar Adsense:
- Pastikan kandungan laman web anda menepati syarat yang telah ditetapkan oleh Adsense program policies
- Mendaftarkan akaun Adsense dengan menyertakan laman web berbahasa Melayu anda
- Apabila akaun Adsense anda telah disahkan, anda hanya perlu memasukkan kod iklan Adsense ke dalam laman web anda. Seterusnya, iklan tersebut akan dipaparkan kepada pengunjung laman web anda
Berita baik ni, nak try juga dgn Adsense lepas ni. Beberpa tahun dulu pernah apply tapi tak diluluskan Adsense kerana kata mereka blog saya tak menepati polisi mereka (mungkin soal bahasa lah tu…).
Dulu memang tak lepas sebab tak support Bahasa Melayu. Sekarang ni saya tengok dah banyak web bahasa Melayu yang pakai Adsense ni.
hoho… menarik jugak ni, boleh la try tengok lulus ka dak adsense ni kat account blog aku… hahah ;3
Try la. Kot mana tau menjadi. Sempoi pakai Adsense ni sebab dibayar dengan US Dollar.
baguslah jika bahasa melayu sudah semakin diiktiraf.
Setuju.. walaupun tak kerana adsense, penulisan bahasa melayu kena diperkasa. Tak mahu ayat2 gedikss. Tapi bagus juga adsense ni.. buat penambah semangat juga.. 🙂
Ayat-ayat gediks ni memang susah nak pergi jauh. Search engine pun boleh jadi pening bila tengok gaya tulisan stail messaging ni. Hehe
sedang dalam perancangan nk try aply.. hehehe
NAK TRY JUGA NI MANA TAHU KOT ADA REZEKI…TQ PERKONGSIANNYA.
Bolehla cuba nasib ni.
Saya try juga, tapi Google AdSense minta saya daftar terus melalui blogger.com. Saya godek2 blogger.com tapi tak jumpa di mana duduk letaknya AdSense ni 🙁
Mungkin boleh tengok pada bahagian ini,

dah pernah try dulu tapi kena reject . kena try lagi lah gayanya …
serius ke ni? blog aku dah “ads disabled” sebelum ni sebab language not supported. huhuhu… ni yg rasa nak try nih huhuhu
Terima kasih atas info ini. Lawat blog kami untuk dapatkan info menarik yang viral di sini
pernah gak rasa duit adsense ni dulu.ha.. memang best guna adsense..