Utama Android Huawei TSMC akan terus menghasilkan cip untuk Huawei

TSMC akan terus menghasilkan cip untuk Huawei

740
0

Subsidiari Huawei, HiSilicon menghasilkan fabrikasi cipset dan modemnya di faundri TSMC dan operasi berkenaan akan tetap diteruskan. Menurut jurucakap TSMC, akan terus bekerjasama dengan Huawei, sungguhpun semakin banyak syarikat yang memutuskan hubungan.

Antara syarikat yang memutuskan hubungan dengan Huawei ialah ARM. Cipset Kirin menggunakan reka bentuk ARM untuk menghasilkan CPU (Cortex) dan GPU (Mali) keluarannya. Justeru, pemberhentian sokongan dari ARM merupakan tamparan hebat buat Huawei. Walau bagaimanapun, HiSilicon masih lagi dibenarkan untuk menghasilkan model semasa dan mungkin juga cipset seperti di dalam perancangan.

Menurut sumber di dalam ARM memaklumkan kepada BBC bahawa Kirin 985 tidak akan terkesan dengan penguatkuasaan sekatan tersebut. Cip ini dijangkakan bakal digunakan untuk telefon pintar Huawei Mate 30. Namun, tanpa Android masa depan syarikat gergasi elektronik China ini masih lagi terumbang-ambing.

Pada bulan Januari lalu, Huawei telah memperkenalkan Tiangang, cip teras 5G pertama di dunia, yang digunakan di stesen pangkalan 5G Huawei. Bagaimanapun, cip ini menggunakan reka bentuk berasaskan ARM, seterusnya mengancam perancangan pembangunan rangkaian 5G Huawei yang turut melibatkan majoriti penyedia perkhidmatan telekomunikasi di seluruh dunia.

Sumber berita diperoleh dari Reuters

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.