Perisian Microsoft Office adalah perisian office suite yang paling popular di Malaysia. Kebanyakan organisasi, tak kira swasta atau kerajaan akan menggunakan perisian popular ini untuk membantu melakukan tugas-tugas perkeranian, perakauanan mahupun untuk pembentangan kertas kerja.
Oleh itu, sejak dari zaman Siti Nurhaliza nyanyi lagu Cinta IT di RTM lagi kita rakyat Malaysia sudah terbiasa sangat menggunakan Microsoft Office. Hinggakan sudah bukan rahsia lagi kebanyakan student membuat assignment secara copy paste dengan bantuan Microsoft Office cetak rompak. Biasalah student, mana ada sen sangat nak beli yang original. Sekarang ni, harga Microsoft Office 2013 Home and Student di pasaran adalah RM339.99. Itupun masih dikira mahal lagi. Manakala versi Microsoft Office Home and Bussiness 2013, ia jauh lebih mahal, RM869.99.
Walaubagaimanapun, kini terdapat banyak alternatif kepada Microsoft Office yang boleh dimuat turun secara percuma. Perisian percuma ini mungkin mampu memberikan kemudahan kepada pengguna yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan perisian asli mahupun untuk organisasi yang kedekut memberikan peruntukan kepada Bahagian IT.
Berikut adalah 5 aplikasi alternatif untuk kegunaan anda;
Isi Kandungan
1. Google Docs
Secara keseluruhannya, Google Docs adalah alternatif terbaik yang hampir mampu merangkumi segenap aspek berkaitan perisian office suite.
Aplikasi dari Google ini terdiri dari, Docs, Sheets dan Slides. Di mana tiap satunya adalah alternatif kepada Word, Excel dan PowerPoint. Ketiga-tiganya mampu memberikan prestasi yang baik, sama seperti apa yang biasa kita jangkakan dari Google.
Suite percuma ini memerlukan anda mendaftar secara percuma dengan akaun Google dan segala apa yang lakukan pada dokumen anda boleh disimpan ke dalam Google Drive untuk kegunaan kemudian hari. Anda mungkin tidak merasakan canggung ketika menggunakan aplikasi ini kerana antaramukanya tidak jauh beza dengan Microsoft Office. Beberapa add-ons yang disediakan Google juga dapat melancarkan kerja anda.
Perkongsian dokumen antara rakan sekerja turut dipermudahkan melalui aplikasi Google Docs ini. Malah, Microsoft pada perisian Microsoft Office 365 mengikut jejak langkah yang sama dengan memberi kemudahan perkongsian dokumen dan fail antara penggunannya.
Secara keseluruhannya, ia adalah alternatif terbaik menurut pandangan saya. Tambahan pula, ia adalah aplikasi berasaskan pelayar (browser based, contoh pelayar adalah Internet Explorer, Mozilla Firefox, Google Chrome dll). Oleh itu, ia mampu menjimatkan ruang storan di dalam PC anda kerana ia boleh digunakan terus pada pelayar web anda.
2. LibreOffice
Antara alternatif aplikasi desktop terbaik menggantikan Microsoft Office. LibreOffice boleh ditetapkan sebagai tetapan lalai untuk membuka dokumen-dokumen Microsoft Office lain termasuklah Word, Excel dan PowerPoint. Beberapa alatan lain turut disediakan untuk pengguna menjadikannya lebih dari sekadar alternatif.
Apabila pengguna membuka dokumen-dokumen Office menggunakan LibreOffice, ia tidak jauh beza penggunaannya dengan Microsoft Office versi terdahulu. Justeru, memberikan keselesaan kepada pengguna dalam melakukan kerja-kerja.
Ia turut menyediakan fungsi terbina dalam untuk pengguna melukis garisan. Ianya mudah digunakan dan sangat lancar tanpa sebarang masalah. LibreOffice disokong oleh kumpulan pembangunnya sendiri yang giat membina extensions untuk memudahkan pengguna-penggunanya.
3. Open Office
Mirip LibreOffice, tetapi lebih ringan dengan beberapa ciri yang telah ditiadakan. Ia muncul dari projek yang sama dengan LibreOffice.
Antara yang membezakannya dengan LibreOffice adalah pengiraan jumlah perkataan. Di mana ia perlu ditetapkan pada tetapannya terlebih dahulu. Seperkara lagi yang tiada adalah word embedding tool. Lain dari itu, ianya hampir sama dengan LibreOffice yang memberi kemudahan buat anda untuk membuat, membuka, meminda dan menyimpan dokumen-dokumen office pada PC anda dengan percuma.
4. Atlantis Word Processor
Bagi yang ingin mengenang kembali nostalgia menggunakan Office versi lama seperti Microsoft Office 2003, Atlantis mungkin menjadi pilihan anda.
Antaramukanya sangat serupa seolah-olah ia jelmaan Microsoft Word 2003 yang bangkit dari kuburan. Ia tiada ciri-ciri yang menarik untuk kegunaan semasa melainkan ianya boleh membuka, mengedit dan menyimpan dokumen Word jenis .doc tanpa sebarang masalah.
Ciri unik padanya adalah, kebolehan membuka fail baru dengan membuka tab baharu di bawahnya. Ini dapat menjimatkan ruangan bawah taskbar desktop pengguna.
5. WPS Office 2014
Jika Atlantis Word Processor sangat retro antaramukanya, WPS Office 2014 pula amat moden rupa parasnya. Ia kelihatan seperti Office versi terbaharu yang lebih baharu dari baharu.
WPS Office dipecahkan kepada tiga program berasingan yang mengutamakan tugasan menulis (Word), pembentangan (PowerPoint) dan spreadsheets (Excel).
Integrasi atas talian adalah ciri utama yang membezakan WPS Office dengan alternatif yang lain. Terdapat pelbagai pilihan template Office menarik yang boleh dimuat turun untuk kemudahan pengguna menyediakan dokumen.
Dokumen-dokumen yang dibukan melalui perisian ini akan disusun mengikut tab dan bukan Windows seperti kebiasaan pada Microsoft Office. Justeru, memberikan ruang kerja yang lebih kemas dan teratur untuk keselesaan anda menggunakannya.
Pilihan anda?
Dari pilihan-pilihan yang saya senaraikan, diharapkan ia dapat membantu anda mencari alternatif kepada Microsoft Office. Tambahan pula, dalam situasi kewangan rakyat Malaysia yang sedang kesempitan sekarang ini, perisian alternatif percuma dari sumber terbuka ini merupakan pilihan terbaik.
Tinggalkan sebarang komen, pendapat atau cerita pengalaman anda berkenaan perisian Office di ruangan komentar di bawah.
Dunia dah semakin maju.. bnyk juga pilihan yg ada skrng ye. Percuma pula tu ada. Thanks sharing SY.. 🙂
saya apply google drive …
Saya guna LibreOffice sebagai alternatif kepada Microsoft Office. Yang menariknya Text Document dalam LibreOffice menyediakan pilihan untuk menyimpan document menurut keperluan sama ada dalam bentuk Microsoft Office 2005, Microsoft Office 2007 dsb.
saya hanya ada pengalaman guna open office jer
Pernah juga try Open Offic, tapi lepas tu saya balik semula kat Microsoft office. Bukan apa, MO ni dah establish, ada sesetengah tolls dia Open office masih tak boleh challenge
Open Office ni yang boleh diharap sikit adalah pada fungsi Writer nya sahaja. Untuk presentation, memang out. Sesetengah user complaint bila pakai Open Office punya presentation. Kualiti dan expectationnya tidak sama seperti menggunakan PowerPoint.
Terbaikkkk…Microsoft dah tak segah spt dulu-dulu…..OS windows pun sekarang dah ada persaingan….Barulah pihak microsoft sedar yang mereka takkan berada lama di puncak.
Banyak pilihan percuma lagi.. Nurul suka Google Drv.. mudah untuk sharing
hu..hu..baru tahu juga tentang perkara ini ..sebelum ini tahu jenis yang berbayar sahaja
dunia dh maju…nisa pernah dwload goodle docs dekat smartphone tp xsyok plak nk guna sbb kecik n leceh..xpernah lak try dkat pc..sekarang dh ada byk pilihan kan..senang..
Selesa dgn Microsoft Office, pernah try Open Office, terkial-kial, otak di program dgn Microsoft software, Apple x pernah try..
Google Docs nak download utk android n tabs..desktop prefer guna MO..
setakaf ini abru guna open office memang perlu digalakkan open source ini jangan guna rompak terus
Dulu saya peminat MO, now WPS pulak taste eheheheh