Walau sehebat mana jualan iPhone terbaru Apple, ia masih lagi tidak dapat menandingi hasil jualan Nokia 1100. Apple dikhabarkan telah meraih jualan sebanyak 13 juta unit iPhone 6S sejak ianya mula diperkenalkan ke pasaran di seluruh pelusuk dunia.
Jumlah ini dikirakan sebagai kecil jika dibandingkan dengan jumlah jualan telefon bimbit paling laris di pasaran, Nokia 1100 yang mencecah sehingga 250 juta unit sejak ianya mula muncul pada tahun 2003 dahulu. Modelnya yang telah dikemaskini yang hadir dua tahun kemudian, Nokia 1110 pula tidak kurang hebatnya dengan hasil jualan sekitar 250 juta unit.
Walaupun kedua-dua telefon ini dilihat tidak berkemampuan untuk menjalankan pelbagai aplikasi-aplikasi canggih yang ada pada peranti-peranti pintar seperti telefon Android dan iPhone, ianya menjadi pilihan ramai atas faktor tahan lasaknya disamping ia dijual pada harga yang amat kompetitif sekitar lebih kurang RM100 sahaja.
–Sumber berita diperoleh Tech Times
Telefon suami saya masa zaman kami bercinta dulu..ecehh!!hehhe
kini nokia tinggal kenangan sahaja…