Utama Mobile Aplikasi Netflix menghentikan perkhidmatannya di Russia

Netflix menghentikan perkhidmatannya di Russia

624
0

Netflix menghentikan perkhidmatannya di Russia berikutan penaklukannya ke atas Ukraine, menurut laporan oleh Variety. Pada minggu lepas, Netflix menyatakan pihaknya tidak akan mematuhi syarat baharu yang ditetapkan oleh kerajaan Russia.

Ketetapan baharu tersebut memerlukan penyedia kandungan penstriman menyediakan 20 saluran propaganda Russia, seperti NTV dan Channel One. Syarikat penyedia kandungan penstriman berkenaan kemudian menyatakan penangguhan kesemua produksi dan pemilikannya di Russia.

Sebelum ini Netflix sedang membikin empat kandungan asli terbitannya di Russia. Menurut Bloomberg, Netflix pada masa ini mempunyai sejumlah 1 juta pelanggan di Russia.

Netflix bukanlah satu-satunya syarikat besar yang menghentikan perniagaannya di Russia. Antara gergasi hiburan besar lain yang telah mengambil tindakan yang sama termasuklah Disney, Warner Brothers, Paramount Pictures, dan Sony. Kesemua syarikat berkenaan tersebut turut menangguhkan tayangan filem baharu masing-masing di pawagam Russia seperti The BatmanTurning Red, dan Sonic the Hedgehog 2.

TikTok juga telah mula memberhentikan muat naik video baharu dan penstriman langsung di Russia sebagai tindak balas undang-undang baharu berita palsu di negara tersebut. Beberapa syarikat lain seperti Microsoft, Google, Apple dan Samsung juga memberhentikan jualan di Russia.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.