YouTube menyekat saluran-saluran media dukungan kerajaan Russia dari sumber pengiklanan di platform terbabit, menurut laporan dari Reuters. Ketika tentera Russia meneruskan kemaraan menakluki Ukraine, YouTube bertindak menghentikan fungsi mengewangkan (monetizing) sebilangan saluran.
Jurucakap YouTube Farshad Shadloo memberitahu Reuters bahawa pihaknya kini akan mengurangkan cadangan media dukungan kerajaan Russia kepada penggunanya. Antara saluran tersebut termasuklah RT, yang kini disekat di Ukraine atas permintaan kerajaan negara tersebut.
Pada tahun 2018, YouTube mula melabelkan beberapa video yang dihantar oleh rangkaian media yang dikuasai oleh sesebuah kerajaan seperti RT.
Ok, done a (very quick) check on several @YouTube channels from Russian state-owned outlets — that aren’t in RT network. They are all still displaying ads.
Excellent. Excellent. https://t.co/bNdbSwyiBO
— Mark Scott (@markscott82) February 26, 2022
Sungguhpun YouTube menyatakan pihaknya kini menyekat sementara saluran RT dari menjana pendapatan dari pengiklanan, tidak diketahui mana satu saluran lain yang turut sama terkesan dari langkah tersebut. Ini kerana, buat masa ini masih terdapat lagi media-media yang dikuasai kerajaan yang mempunyai iklan.
Selain YouTube, Facebook juga telah memberhentikan semnetara pengiklanan dari media dikuasai kerajaan Russia pada platformnya. Twitter pula memberhentikan pengiklanan pada kedua-dua belah pihak, baik Russia dan Ukraine bagi memastikan keselamatan maklumat para penggunanya.