Celcom telah merangkul Anugerah Ookla Speedtest bagi kategori Liputan Rangkaian Mudah Alih Terbaik di Malaysia. Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, keputusan ini dibuat berdasarkan laporan Ookla Speedtest sepanjang Suku Ketiga dan Keempat 2021 di Malaysia.
Liputan rangkaian mudah alih dan pengalaman pengguna mudah alih di Malaysia di buat berdasarkan analisa menerusi Metrik Liputan oleh Ookla. Laporan berkenaan juga menyatakan Markah Liputan dibuat berdasarkan jejak telekomunikasi syarikat telekomunikasi berkenaan serta kualiti perkhidmatannya di seluruh negara sepanjang tempoh tersebut.
“The analysis showed that Celcom garnered an average score of 787 in Malaysia, topping the Best Mobile Coverage category. Celcom recorded the highest scan count of more than 142 million scans and covered 356,606 locations from the total locations observed nationwide.
“Based on the report, Celcom also achieved and led with a winning score of 93.2 per cent for 4G coverage and 99.7 per cent for general coverage nationwide,”
Menurut penyedia rangkaian mudah alih berkenaan, anugerah ini mampu dicapai hasil daripada usaha penambahbaikan rangkaian yang dilaksanakan oleh Celcom dengan belanja sebanyak RM825 juta. Hasil dari usaha tersebut, sebanyak 900 tapak LTE telah ditambah dengan 9,500 lagi tapak telah dioptimumkan dengan liputan dan kapasiti 4G yang ditambah baik di seluruh negara.
Penambahbaikan rangkaian 4G LTE Celcom
Pelaburan penambahbaikan rangkaian 4G oleh Celcom ini turut mencapai 99% liputan populasi 4G LTE atau lebih di tujuh buah negeri. Dalam pada masa yang sama, liputan populasi 4G LTE ini juga memperlihatkan peningkatan di negeri-negeri seperti Sabah, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak, Negeri Sembilan, dan Kedah.
Menjelang akhir 2021, Celcom telah mencapai 94.5% liputan populasi LTE di seluruh negara. Ia diukur menerusi kekuatan signal -98dBm di kawasan bandar dan pinggir bandar bagi menyediakan isyarat di luar bangunan sekitar 3-4 bar pada peranti mudah alih pengguna.
Pencapaian rangkaian Celcom ini tela diumumkan menerusi acara Anugerah Ookla Speedtest yang berlangsung Kongress Mudah Alih Sedunia (MWC) 2022 di Barcelona, Sepanyol dari 28 Februari hingga 3 Mac 2022.
Mengulas mengenai anugerah yang diterima dari Ookla ini, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Datuk Idham Nawawi menyatakan pihaknya akan terus meningkatkan pelaburan dalam memodenkan rangkaian dan peka terhadap pertumbuhan selaras dengan permintaan pesat data oleh pengguna.
“The investments include deploying the latest end-to-end network technology such as the world’s first large-scale commercial FDD Smart 8T8R, 4T4R multiple-input and multiple-output (MIMO), Carrier Aggregation, 256 Quadrature Amplitude Modulation (QAM) and many more, improving digital experiences,”
Ookla merupakan peneraju global di dalam pemantauan rangkaian jalur lebar dan mudah alih, aplikasi pengujian dan juga teknologi yang berkaitan dengannya.
Platfrom pengujian rangkaian dari Ookla, Speedtest mengumpul ratusan juta pengukuran prestasi dan kualiti rangkaian dari pengguna di seluruh dunia pada setiap hari. Sebahagian pengguna dari kelompok penyedia perkhidmatan, perniagaan dan agensi kerajaan menggunakan Ookla sebagai penanda aras bagi menilai tahap keberkesanan perkhidmatan rangkaian yang ditawarkan.