Mozilla akhirnya telah menamatkan sebarang usaha pembangunan terhadap sistem operasinya, Firefox OS yang diketahui dihantui dengan pelbagai masalah. Pengumuman ini dibuat bersempena persidangan pembangun-pembangun Mozilla semalam.
Bagaimanapun, ini bukanlah penamat kepada segala usaha Mozilla terhadap usaha-usaha penyelidikan terhadap peranti-peranti berkesinambungan.
Menurut Ari Jaaksi, beliau mengakui telefon-telefon yang menggunakan sistem operasi Firefox OS telah gagal memberikan pengalaman kepenggunaan yang baik kepada para penggunanya. Oleh itu, ia menjadi penyebab utama mengapa Mozilla menamatkan usaha pembangunan sistem operasi berkenaan.
“We are proud of the benefits Firefox OS added to the Web platform and will continue to experiment with the user experience across connected devices. We will build everything we do as a genuine open source project, focused on user experience first and build tools to enable the ecosystem to grow.
Firefox OS proved the flexibility of the Web, scaling from low-end smartphones all the way up to HD TVs. However, we weren’t able to offer the best user experience possible and so we will stop offering Firefox OS smartphones through carrier channels.
We’ll share more on our work and new experiments across connected devices soon.”
Bukan satu rahsia lagi apabila telefon-telefon yang berasaskan Firefox OS telah gagal di pasaran. Pengeluar-pengeluar telefon Firefox OS cuba untuk memasarkannya sebagai telefon berspesifikasi rendah, namun ia gagal untuk mencapai sebarang momentum untuk terus kekal relevan.
–Sumber berita diperoleh dari Techcrunch
singgah baca. dah lama tak guna mozila…