MARA Digital, gedung yang menempatkan kedai-kedai alat telekomunikasi, elektronik pengguna dan multimedia Bumiputera kini secara rasminya dibuka di Tingkat 3 Menara MARA. Terdahulu, gedung ini diberi nama jolokan sebagai Low Yat 2.
Disediakan dalam tempoh 3 bulan, MARA Digital diberikan sentuhan rekaan dalaman oleh WGN Scan Sdn Bhd yang juga bertanggungjawab menguruskan keseluruhan tingkat berkenaan. Sebanyak 38 ruang premis untuk para usahawan ICT Bumiputera disediakan yang memberikan fokus terhadap jualan perkakasan dan perisian ICT serta merangkumi perkhidmatan telco dan juga perkhidmatan selepas jualan.
Sebagai ruang niaga ICT pertama yang dikhususkan untuk Bumiputera, MARA Digital dianggap sebagai penanda aras baru terhadap keterlibatan para usahawan Bumiputera dalam lapangan ICT menurut Menteri Pembangunan Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Tambah beliau, MARA Digital disediakan bukan untuk mencabar mana-mana pihak. Ia merupakan sebuah platform yang menawarkan peluang kepada para usahawan-usahawan Bumiputera.
MARA Digital turut menawarkan beberapa insentif menarik kepada para usahawan-usahawan yang menggunakan ruang premis berkenaan. Antaranya adalah tiada bayaran sewaan dikenakan untuk sepanjang tempoh enam bulan pertama penggunaan ruang-ruang premis di MARA Digital dan juga perkhidmatan pengubahsuaian percuma. Untuk itu, adalah diharapkan agar para usahawan dan peniaga dapat menggunakan kelebihan ini untuk menawarkan promosi dan diskaun kepada pengunjung-pengunjung.
–Sumber berita dan foto diperoleh dari The Malay Mail Online
saya sebenarnya heran juga, kerajaan bina lawyat 2 seolah-olah macam salah satucara menghindarkan kes di lawyat 1 berulang.
countermeasre ala poka yoke itu nampak macam jalan cepat untuk melepaskan tanggungjawap dai mengkaji kenapa berlakunya perbalahan di lawyat 1 sebenarnya…
bagus, sudah kira dekat nak datang.