Utama Internet Donald Trump mahu jumpa Bill Gates untuk tutup Internet

Donald Trump mahu jumpa Bill Gates untuk tutup Internet

585
3

Calon pilihanraya Presiden Amerika Syarikat dari Parti Republican, Donald Trump mencadangkan agar internet ditutup supaya dapat menghalang orang ramai dari menjadi radikal. Ucapan beliau disampaikan di dalam satu siri jelajah kempen pilihanraya Presiden di atas kapal pengangkut pesawat USS Yorktown di South Carolina.

Donald Trump yang sebelum ini terkenal sebagai personaliti TV turut mengusulkan cadangan untuk mengetatkan lagi peraturan imigresen Amerika Syarikat dengan menghalang kemasukan umat Islam. Alasan utama yang diberikan beliau adalah untuk mencegah keganasan.

Melalui cadangan untuk menutup internet tersebut, beliau menyatakan akan bertemu dengan Bill Gates untuk membincangkan langkah-langkah menutup internet.

“We’re losing a lot of people because of the internet,” ujar Donald Trump. “We have to see Bill Gates and a lot of different people that really understand what’s happening. (Kita perlu jumpa Bill Gates dan ramai pihak lagi untuk memahami apa yang sedang berlaku)

“We have to talk to them about, maybe in certain areas, closing that internet up in some ways. Somebody will say, ‘Oh freedom of speech, freedom of speech.’ These are foolish people. (Kita perlu berbincang dengan mereka tentang sesuatu perkara seperti menutup internet salah satunya. Sesetengah pihak akan berkata, ‘Oh kebebasan bersuara, kebebasan bersuara’. Mereka ini semua adalah orang bodoh)”

-Sumber berita diperoleh dari Extreme Tech

3 KOMEN

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.