Microsoft baru-baru ini telah menyatakan mengenai sebuah acara khas akan diadakan untuk mengumumkan Windows generasi berikutnya pada 24 Jun nanti.

Dijangkakan, versi terbaru Windows ini nanti akan memperkenalkan paparan antaramuka pengguna baharu dan mungkin akan dianggap sebagai “Windows 11”.

Micorosft sebelum ini telah mengusahakan pembaharuan bagi rekabentuk antaramuka pengguna Desktop Windows dengan menggunakan nama kod, Sun Valley.

Versi tersebut dijangka akan membawakan menu Start dan tata susunan Taskbar baharu, serta ikon, bunyi-bunyian, rekaan aplikasi dan animasi yang serba baru.

Baru-baru ini Microsoft telah membatalkan perancangan bagi membawakan versi Windows baharu yang dinamakan sebagai Windows 10X. Versi berkenaan telah dibina berasaskan versi moden sistem operasinya yang dikenali sebagai Windows Core OS.

Windows 10X pada asalnya dirancang untuk dimasukkan pada peranti PC dwi-skrin seperti Surface Neo dan diletakkan untuk menyaingi Chromebooks. Bagaimanapun, selepas pembangunannya dihentikan, tidak dapat dipastikan apa akan jadi pada Surface Neo nanti.

Walaupun Windows 10X sudah tiada lagi, hasil dari pembangunannya telah dibawakan masuk ke versi penuh Windows. Apa yang bakal dibawakan oleh Microsoft ke dalam sistem operasinya nanti akan terjawab pada 24 Jun nanti.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.