Microsoft akhirnya akan melancarkan Surface baharu untuk pasaran Malaysia. Beberapa pengedar tempatan mula menyenaraikan Surface Go 2 dan Surface Book 3 untuk pra-tempahan hari ini.
Surface Go 2 telah disenaraikan oleh Microsoft Authorized Store di Lazada dan Shopee. Peranti baharu Microsoft ini akan hadir ke pasaran bermula 18 Jun 2020.
Berikut adalah harga bagi Surface Go 2 berdasarkan spesifikasinya:
- RM 1955: Intel Pentium Gold 4425Y / 4GB RAM / 64GB eMMC / Wi-Fi sahaja
- RM 2655: Intel Pentium Gold 4425Y / 8GB RAM / SSD 128GB / Wi-Fi sahaja
- RM 3455: Intel Core m3-8100Y / 8GB / SSD 128GB / LTE-Advanced
Harga berkenaan tidak termasuk pelapik Surface Go Signature Type Cover berasaskan kain Alcantara yang bernilai RM578. Pengguna juga boleh memilih untuk mendapatkan Surface Go Type Cover standard berjenis kain mikrogentian yang berharga RM420.
Untuk aksesori Surface Pen untuk tablet baharu ini, harga yang ditawarkan adalah RM399.
Pembelian secara pukal (bundle) bersama-sama aksesori dengan harga yang menarik melalui pembelian pra-tempahan turut ditawarkan oleh pengedar-pengedar tempatan.