Home Mobile Android Hati-Hati: Gambar Latar ini boleh akibatkan Telefon Android Restart Berulang-kali

Hati-Hati: Gambar Latar ini boleh akibatkan Telefon Android Restart Berulang-kali

79
0

Ketika ini terdapat secebis kod-kod hasad sedang tersebar di dalam talian. Kod ini tersorok di dalam imej latar belakang (wallpaper) dan apabila dimuat turun dan digunakan sebagai gambar latar, ianya akan menyebabkan sesebuah peranti melakukan reboot berulang-kali.

Isu ini pertama kali diketemukan oleh pengguna Twiiter bernama Ice Universe (@UniverseIce) dan telah mengeluarkan khidmat pesanan masyarakat mengenai perkara ini. Perkara ini telah disahkan oleh sebahagian pengguna yang telah mencuba sendiri pada peranti masing-masing.

Ice Universe mendakwa beliau tertarik untuk menjadikan imej berkenaan sebagai latar belakang perantinya kerana warnanya yang terang. Bagaimanapun, sebaik memuat turun dan menjadikannya sebagai latar belakang, beliau perasan warna yang dipaparkan oleh perantinya menjadi semakin malap. Selepas itu, masalah reboot berulang-kali pada peranti beliau mula berlaku.

Menurut laman web teknologi tempatan, Nasi Lemak Tech (NLT), isu tergendala ini berpunca dari metadata imej latar tersebut dan gamut warna yang diperlukannya. NLT telah berjaya membuang 8078 byte metadata dari imej tersebut dan kesannya, imej berkenaan menjadi kurang terang berbanding imej asal.

Masalah ini hanya berlaku pada telefon-telefon Android pada mana-mana jenama. Isu ini juga dilihat hanya aktif pada peranti-peranti yang menggunakan sistem operasi Android 10.

Setakat ini, jika telefon pintar anda terkesan akibat menggunakan imej ini sebagai latar belakang, apa yang anda boleh lakukan adalah melakukan reset semula ke asal (factory setting reset).

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.