Home Teknologi Keselamatan TUDM akan tubuh Skuadron Sistem Pesawat tanpa Pengendali (UAV)

TUDM akan tubuh Skuadron Sistem Pesawat tanpa Pengendali (UAV)

75
0

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan menubuhkan skuadron baharu bagi operasi sistem pesawat tanpa pengendali (unmanned aircraft system, UAS).

Pengumuman ini dibuat oleh Panglima TUDM, Jeneral Datuk Seri Ackbal Abdul Samad di dalam perutusan khas sempena Hari Ulang Tahun TUDM yang ke-62 semalam.

Skuadron UAS baharu ini akan mengambil alih perjawatan No 11 Skuadron yang dikhususkan bagi pesawat SU-30MKM. Skuadron jet pejuang berkenaan ini pula akan diperjawatkan dengan perjawatan No 12 Skuadron.

Hasrat TUDM mendapatkan UAS ini pernah dinyatakan oleh mantan Panglima TUDM, Jeneral Affendi Buang pada tahun 2017 dahulu menerusi berita Bernama. UAS turut dimasukkan ke dalam Pelan Rancangan Pembangunan Keupayaan TUDM, CAP55.

Bagaimanapun, jenis pesawat tanpa pengendali (unmanned aircraft vehicle, UAV) yang akan digunakan oleh TUDM tidak dinyatakan di dalam perutusan tersebut.

Penubuhan skuadron ini dijangka mampu meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan kekuatan pertahanan negara menghadapi ancaman semasa.

Imej pengatas, MQ-9B Sea Guardian dari General Atomics

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.